iqa malik's stalker

Jumaat, 27 Julai 2012

Its killing me!

ohh mann.. seriously . i'm gonna die . its really ffff killing me. -> ni gaya mcm dah parah gila dah. hahha.

sumpah weh. aku seminggu tak tidur kau tahu. aku cuma having a nap at 5.00 a.m - 7.00 a.m . apa kejadah ni? macam mana kau boleh tahan? kau tak mengantok ke? kau buat apa doe? serius kau dah boleh pergi tido kot. bertubi tubi soalan menimpa diri ku ini. haiya.

aku takkan jadi mcm ni kalau tak disebabkan aku ada test selama 3 hari berturut-turut. and all the subject killerrrr punya kaw kaw. gentle habaq. huhu.

okay this is my schedule

rabu - CTU (sains & teknologi islam)
khamis - ECS (basic solid mechanic)
jumaat - ECG (basic soil mechanic)

hailaa. no wonder laaa. lepas ni jangan kau terkejut lak jumpa aku sebab nampak aku dah mcm nyawa nyawa ikan dah  , muka toya plus mata mcm panda plus muka ala ala mintak kaki kan. aku tak tidur mlm , stay up bagai sbb aku nak dpt full marks and merangkol semua carrymark. haha. aku sanggup. aku dah mcm takda life dah weh, habis kelas bukak buku, mkn tengok buku, jalan celah-celah mana pun pegang buku. aku kena pulun gila gila sbb aku tak bijak mcm awk :)

tapiii aku paling tak puas hati, ECG punya soalan tahap bibaa punya susah lecturer aku buat. lecturer lain buat senang je. sumpah tak fair doe. kelas lain rilekss punya jawab sambil menutup mata. smpai kat aku mencanak aku jawab dgn tak cukup masa nya. haish. dah laa lecturer aku tu lecturer baru. dah boleh buat soalan yg simple simple kot *nangis* huuu. takpe, aku tawakal je. aku serah dkt tuhan. aku dah usaha, aku dah berdoa :')

btw saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadham al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana. jom lawan dgn kita siapa dapat puasa penuh tahun ni. ^^,






kenapa takda orang jual mercun kat malaysia ni??? puas dah carik. mercun poppop je ada. haish.

Jumaat, 6 Julai 2012

Froggy

Sedang saya sibuk menyusun atur segala gambar yang ada di lappy saya, drag kan  gambar2 tersebut di folder folder yang sepatutnya, tetiba saya terjumpa gambar ketika zaman persekolahan dulu kala, lalu hati saya berkata-kata “eiiii, comel nya benda ni , dah lama tak main isi-isi dalaman nya sambil melihat jantungnya berdegup kencang, rindu nya rindu nyaaaa “ huhu. Cuba teka apakah benda? Jeng jeng jeng. :)

Yes! Anda salah :P jawapan nya adalah seekor katak yang boleh di goreng dgn smbal belajan. Sila lah muntah! Hahah. Ingat tak masa zaman budak hingusan dulu kita kena bedah katak utk subjek geology? Ingat tak? Ingat tak? Mesti lah ingat kan.  :) semua excited lagi bersungguh sungguh nak buat experiment ni, sbb kena bedah benda hidup kan. Siapa tak suka. Semua suka ! :D kamu tak suka ke? Okay foine aku sorang je yang suka =.= kenapa? geli eh dgn katak??? Mana ada geli ohh. Comel ada laa. Hakhakhak (gelak jahat)

Comel kan? Ni laa katak yang iqa kena bedah tu. Alololo kesiannya dia kena jadi mangsa kerakusan budak budak sekolah . hahah . *kenapa nmpak seperti saya begitu kejam ? =.=

Actually experiment ni tujuan nya utk membedah katak dan mengeluar kan jantung nya yg masih berdegup walaupun segala urat saraf yang menyalurkan oksigen sudah di potong. Katak tu tak melompat ke? Ehh mesti lah melompat. Kitorg bedah smbil kejar mengejar katak kot. sweet kan adegan sepeti ini? Hahaha Tak laaa. Sebelum pembedahan , katak tu diletakkan sejenis ubat supaya pengsan. Baru laa kerja pembedahan boleh di lakukan dgn lancar walaupun katak masih hidup. Ecehhh aku gaya mcm doctor pakar bedah yg dah 43 tahun bertugas di klinik gigi.


Bukan senang tau nk main bedah bedah ni. Kena potong ikot layer, dah laa lapisan kulit katak tu tebal, kalau salah potong kemungkinanan katak akan mati lalu jantung akan berhenti berdegup dan experiment tidak menjadi dan pembedahan terpaksa di ulang sebnyak 28 kali. So, bg mengelakkan kemunungkinan itu berlaku, kita wajib lah membedah katak dgn sebaik-baiknya. Mcm bedah manusia laaa. Takan nak main potong je kan. Lepas  dah siap experiment bagai, saya dan kumpulan saya duduk laa mengadap katak yg dah rupa mcm sipot sedot tu, tak tahu nak buat apa dah. Lalu saya dgn baik hati nya melerai lerai kan setiap organ yg ada. Usus, lemak, isi semua bawak keluar , smpai tinggal kulit je. Tak kejam kan? Alaaaa. Mana ada kejam, saya nk buat experiment je nak blajar organ dalaman katak. Teheeee. Padahal mmg takda kerja nak main2 dgn bnda tu. :D alaaa sape suruuh katak tu comel sngt kan menggoda saya utk bertindak kejam.

rakan sepejuangan


Ni dia katak yg baru dipotong . best je tengok usus dia bersimpulan. Rasa mcm nak tarik je pastu mkn. :)

Isnin, 25 Jun 2012

pagar besi

hai saya tetibe terajin nya nak update blog. sebernanya malas. serius malas. okay laa . smpai di sini jela kita berjumpa. bye.. ecehhh. mesti tension je. rasa mcm, eii sia sia je baca dari tadi. takda thesis statement , isi2 penting semua takda. menyampah laa. tutup blog ni 10 saat. huuu. kantoi laa tu bukak balik :p hahah. apa benda laa saya mengarot ni di pagi2 hari.

okay, saya sebernanya nak bg tahu yg saya dah takda gigi. hakhak. mesti dlm hati korg ckp "taknak tahu pun" k foine, takpe. nak bagi tahu jugak. tak kira! *kelip kelip mata* sebernanya iqa sepatut nya kena pakai pagar besi ni sejak umur darjah 6 lagi. (haaa. terkejut kau tetibe masuk isi penting :P) tunggu giliran laa punya pasal. biasa laa buat dkt kerajaan kan. baru skrg dpt buat. skrg umur dah brapa? 19 wokk. sekejap kan? bayangkan brapa lama aku terseksa. hakhak. terseksa laa sngt =.= saya nk pakai pagar besi ni pun sbb saya telah di hina , di caci dgn gigi saya yg comel ni. okay. ramai kutuk2 ckp gigi arnab. huuu sedih. tapi nk buat mcm mana. tumbuh mcm ni kan. dah dah. malas nk layan emosi. kejap lagi menangis tak pasal je. huu

sebelum pemasangan besi konkrit. 

nak pasang benda ni bukan senang tau. bnyak gila step. first kena x-ray kepala. wuuuu. x-ray kepala. takut tu. huu. alaa. takda pape pun. rasa mcm kena cucuk2 dgn besi dkt otak je. hahah. *tipu.
x-ray just nk tengok laa gigi tu mcm mana rupa dia kan. mcm siput sedot punya gigi ke mcm mana. (siput sedot ada gigi eh? )

tengok gigi depan iqa dah tak rupa gigi dah. gigi ke apa tu ? *konfius

then lepas x-ray kena buat acuan gigi pulak. hesh bnyak nya step. tak jadi laa nk buat braces! =..= cehhh, alaa. buat acuan ni senang je. nganga2. then siap. magic kan? o.o hoho. acuan ni pulak utk doktor buat research and study gigi kita. mana tahu ada gigi2 yg sesat kan. nnti senang laa doktor nk buang.lepas tu, tengok2 gigi iqa mmg kena buang. 2 batang gigi geraham pulak tu.

15 may 2012 . gigi geraham belah kanan kena cabut. perhhh bayang kan rasa dia mcm mana. sumpah laa rasa mcm takda gigi. mmg laa dah takda gigi kan. tapi rasa dia satu mulut kot. rasa mcm gigi semua kena sedot dgn vacumm cleaner. =.= nk tidur ckp semua tak boleh. mkn lagi laa tak payah ckp. kirim salam laa. baik korg puasa je. huhu. mula2 doktor nak buang gigi2 tu semua serentak. then saya merayu2 buat muka sedih ckp taknak taknak! eceh padahal tak pun. doktot suruh buang satu satu dulu. yela. mahu tak mati katak kalau serentak kanan kiri gigi geraham kena buang. mmg kebulur laa cerita dia.

23 may 2012. next week nya. gigi geraham belah kiri pulak kena cabut. siapa ckp tak sakit? rasa dia perhhh. tapi tak sehebat masa mula2 cabut gigi kanan tu. mayb sbb dah pernah ada pengalaman hitam kena cabut gigi geraham kan. then tak parah sngt laa rasa dia. tengok ! dah ngongak dah takda 2 gigi. comel kan? =.=

ni acuan gigi. eii gigi ke apa entah rupa mcm ni. disaster gila. hikhik. yg pangkah2 tu gigi iqa yg kena buang. dah takda gigi dahh skrg. *sedihh. huuu

1 jun 2012. jeng jeng jeng. ni laaa kemuncak nya. pemasangan pagar pagar besi memagari gigi. wuuuuuuu. cuak dia bukan main kepalang. rasa macaaammm..... habis laa aku kali ni. mmg balik merangkak rangkak laa sbb gigi sakit. huu. hyperbola melampau. padahal, rilek je kot pasang besi. doktor letak gam, pastu lekat kan besi . mcm tu je? alaa. simple nye. haha. bukan main berlagak. sebelum pasang rasa nak mati kan, lepas dah pasang bukan main lagi. tp lepas pasang tu rasa mcm tak selesa laa. mcm ada bnda asing melekat kat gigi. rasa mcm nak tanggalkan je kan. lepas pakai ni mkn semua kena pantang . tak best laa mcm ni. iqa dah laa mkn bnyak. melahap segala bnda. lepas ni bubur jelaa menjadi sajian hari2 anda. huuu. tapi! iqa first day pakai sudah telan nasi , ketam goreng apa bagai. perhh bukan main. hakhak. nafsu mkn kuat sngt . :)

ni dah masuk 4 minggu iqa pakai braces, alhamdulillah iqa tak kena ulser pun. wahhhh teruja tak ?? ^^ yelaa. slalu nya org yg pakai braces mesti kena ulser kan. cuma gigi depan iqa still sakit lagi laa. tak boleh gigit. ckp pun tak pelat. cuma pelat sikit. tapi rasa nya mcm tak. tak kott.barangkali. heee. *mcm hindu

lepas pemasangan. getah warna kuning. dah mcm tahi gigi bertempek tempek. huu

Khamis, 14 Jun 2012

Shooting

ecehhh title habis panas je.acacah shooting sngt pun tak boleh kan. hahha. photoshoot padahal . heee. :P okay last week kawan saya Mohd Zulhilmi telah melantik saya utk menjadi model utk gambar2 dia. uhuk uhuk. gaya mcm di lantik utk menjadi ketua kelas darjah 4 pulak. okay serius serius. actually before this iqa pernah jadi talent dia masa first time dia jadi photographer. dulu dia budak hingusan lagi. tak power lagi kan zulhilmi? hewhew. tak laaa. (i tipu je tu zulhilmi, jgn pukul i :P ) dulu pun power jugak sebernanya, takda hingus pun. cuma now extra extra power lagi hebat kan kan? :D zulhilmi nak tangkap gambar iqa lagi skali kali ni pun sebab nak tebus balik gambar yg dia shoot iqa dulu2 sbb gambar tu buruk katanya. huuu.entah iqa rasa okay je. dah dia kata buruk so iqa on je laa jadi model dia utk yg ke-2. takpe, lepas ni kita tunggu yg ke-3 pulak! heheh.

lokasi penggambaran telah di buat di taman TAR , ampang. dekat dgn rmh iqa. senang. abis shoot boleh terus balik. hee. tema yg telah di berikan oleh zulhilmi kepada saya ialah beauty , flower and lovely. perrhhh mmg susah lagi, iqa dah laa tak beauty, flowerly even lovely =.= then nak pakai baju apa utk tema ni pun tak tahu. so, iqa just bukak almari sambar je baju apa yg ada depan mata. huuuu. okay saya tahu sangat buruk. diam diam je tau :)

nah tengok sendiri laa hasil gambar yg telah di tangkap, di edit oleh FestGraphy Photography Trading . sangat hebat! kalau you all nak khidmat dia silakan tekan link di atas dan carik beliau di sana. dia sangat hebat serius tak tipu. ^^ shoot dgn dia pun best je. semua berjalan dgn lancar :)






para krew dan model yang terlibat .

*gambar yang mana korang suka? :)


Isnin, 11 Jun 2012

Semester baru!

HARI NI SEMESTER BARU BG PELAJAR DIPLOMA UITM BERMULA. jeng jeng jeng. surprised tak? hoho. acacah aku buat terkejut pulak kan. padahal tak terkejot pon. serius tak terkejot? okay bye =.= huuu. hari ni dah start kelas utk sem baru. bapak malas doe nak pergi kelas, menapak tengah panas semua. aku tengah mood cuti lagi ni. sampai bila2 pun mood cuti sebernanya. hakhak. tak puas lagi cuti 2 bulan. sepatutnya uitm bg student cuti setahun. biar berkarat sikit otak baru sambung belajar balik. huuu.

okay saya dan geng saya telah berkomplot utk masuk dalam kelas yang sama dan rumah yang sama. ecehhh dah macam buat konspirasi haram pulak kan. huu :p alhamdulillah kitorg dpt rmh yg sama serta kelas yg sama. wuuuu cepat laa jelous  . haha.

hari ni kelas start pukul 10 pagi. ramai kot warga uitm yg ponteng kelas. yela first day kan. mesti diorg espect tak belajar lecture bebel2 je kat depan. tettttt. anda silap, first day je kelas aku dah kena jawab exam. mcm apa je. saja nk test kepala otak aku yg dah berkarat 2 bulan tak asah. =.= sumpah aku tak ingat mcm mana nak jawab soalan ECS td. padahal soalan 1st and second sem punya kot. yg aku master tu. tp aku terkial2 nak jawab td. huuuu sedih . *air mata menitik* lap kan laaaa cepat! huu.

okay pastu kelas next pulak sempoi setengah jam tunggu lecturer tak smpai. hesh ni yang aku bosan ni. baru nak semangat belajar kan. ecehhh padahal. dlm hati kemain kepalang suka. :D saya nak belajar bersungguh sungguh sem ni supaya saya dpt dekan lagi sekali utk sem 3 ni. apa dia? lagi sekali? hahahah. kbye :P insyaAllah. doakan saya k kwn? :)

Rabu, 30 Mei 2012

Rainbow Cake

Hi geng! Ecehh geng gitu. Sorry aku bukan geng kau. Aku geng bas skolah je. Hakhak. Ok tak lawak -.- saya sebernanya dengan bangga lagi bongkak nya ingin mengisytiharkan bahawa cuti sem telah bermula selama 2 bulan. Hakhak. *muka bangga* walaweh, padahal cuti lagi seminggu je tinggal seblum semester baru bermula. Baru hari ni aku terasa mcm nak bg tahu kepada warga bangaldesh di Jakarta. 

Maaf yaa, saya tidak ada masa utk meluangkan masa di sini kerana saya menyibukkan diri menjadi org gaji yg tidak bertauliah di rmh sendiri. Huuu . betul laa, aku sibuk kemas rmh, masak semua jd mcm bibik kan. Kesian tak? Tak kesian kan? Ok bye. Huu. 

Memandangkan saya ni org gaji kata nya, saya dan kakak saya telah membuat sebuah kek. Fuyoooo, kek apakah? Alaaa kek cantik tapi tak sedap tuh. Hee. Rainbow cake. Tahu tak? Okay kejap lagi saya tunjuk kan resepi nya. Kek ni tak susah pun nak buat. Just leceh laaa nak kena baked satu2 memandangkan ia nya mempunyai warna warna yg berbeza.

Lihat lah hasilnya. Mcm wow! Lawa gila aku buat. (Perasan) hukhuk. Sebernanya yg bancuh apa bagai , buat krim semua bukan aku. Kakak aku. Saja je , nak nama jugak. Hee. Aku pun ada laa menyumbangkan sedikit usaha dengan MEMBINA dan menghiasnya sehingga menjadi rupa seperti kek. Power kan? :D 


Sorry kek tak berapa nak kemas sngt sbb tidak cukup perkakas utk menjadikan rupa nya seperti kek secret recipe. 

Eh dgr cerita ada suara2 sengau yg ckp kat belakang mengatakan kek ni kek tipu bukan kami yg buat. Kata nya gmbr google. Eh baik sikit kau nyah! Aku yg tukang ambil gmbr nih, google image jabir kau!! Opss. Imosi terlebih . Huuu. Kepada kawan-kawan yg dpt rasa kek ni diorg tahu laa yg kek ni kek betul. Maaf kepada yg tak dpt rasa sbb tak cukup. :’)




RESEPI KEK PELANGI

Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 2 tsp serbuk koko
  • sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-cara

  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.
  6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.

Ahad, 15 April 2012

site visit at langkawi 2

Okay sambungan cerita semalam. Nak tahu tak? Apa? Taknak tahu? Foine foine. Aku merajuk 15 saat -.- huuu. Dah dah. Jgn nak tergedik. Hee. Okay. bg siapa yg tak tahu, post ni ialah smbungan dari post aku yg semalam site visit at langkawi 1. Hari ni punya post aku nk story morry skit pasal hari kedua site visit aku di langkawi.  Cehh! Berangan gaya ada je org nk baca je penulisan ringkas aku ni.

Aktiviti hari ni bermula pada pukul 8 pagi kot. Kot la. Kurang ingt laa. Tu la siapa suruh cerita 2 bulan lepas punya cerita hari ni baru rajin nak bukak cerita. Okay salah aku :( just assume la pukul 8 start, tau tau. Hee. So kitorg pun bngun pukul 7.30. nmpak tak ciri-ciri seorg wanita kat situ? Bapak pemalas la semua nk bngun. Bilik aku 5 org. tp masing masing menyorok kn diri dlm selimut tak nak mandi first punya pasal. Mahu tak nya mlm tu dkt pukul 3 baru tido, bergosship!. Do you espect yg ktorg akan tidur awal tepat pukul 9 ke kalau dah dkt Negara org ni? Mmg tak laa. Aku akan menghargai setiap detik yg ada,setiap ruang yg ada ^^ cop cop, td ada aku ckp aku di  Negara org ke? Tehee. Berangan nak mati. Kembali ke isi penting, last last aku laa yg jd hero menyelamatkan keadaan dgn menjadi org pertama yg masuk ke dlm bilik air. Wooooo. Sep sikit. Tu pun sbb aku mempunyai kesedaraan yg aku ni siap lambat mcm perempuan. Hahha. (aku jantan sebernanya -.-) dah siap mandi semua aku pakai baju dan sarung kan seluar treck suit. Ulang semula, treck suit. Sumpah doe aku ckp ,tak pernah lagi aku pergi Negara org pakai seluar treck suit ni, dah la kalau berjalan seluar ni akan berlaga sesame sendiri dan menghasilkan bunyik plastic yg annoying. Fyi, aku tak pernah ada treck suit sejak dewasa ini. Itu pun pinjam dkt org. hahah. :)

pakaian aku selama di langkawi ini adalah treck suit dan shirt memandang kn semua aktiviti berkaitan dgn air. Jgn harap la aku nk pkai seluar jeans bagai. Nk kering kan tak pasal2 kena tunggu sebulan utk memastikan jeans betul2 kering. Tak snggup aku . huuu

destinasi pertama kitorg ialah gua kelawar. Nk pergi gua kelawar ni bukan senang tau. Kena berenang meredah onak duri dan ombak di pantai. Bayangkan! Hahah. K tipu, kitorg naik boat la for sure. Smpai gua kelawar tu bapak jakun laa semua tengok kelawar tengah tidur. Siot punya kelawar, tak tahu ke kitorg dtg jauh2 semata-mata nk tengok beliau. Boleh pulak ia nya tidur dgn lena. Lol. Kau gelak apa? Kelawar kn berjaga mlm, siang ia nya tidur. Oh yeke? ! heheh. Dlm gua kelawar ni gelap gulita, jln pun suluh2 pakai lampu hanset. Nasib baik hanset aku ada torch light. Siapa yg pkai hanset mahal2 tu nasib laa, siapa suruh pakai hanset mahal, kan tak berguna kalau perkara sebegini berlaku :P motif kitorg masuk gua ni pun bkn sbb nk melawat atok nenek cucu kelawar, kitorg nk melihat dan belajar bgaimana gua terjadi, bagaimana stalactite and stalagmite terjadi. Gua sebernanya terbentuk dari batu kapur. Dissolution of calcite is responsible for creating limestone cavern. Mineral that involve in dissolution is carbonate mineral, calcite and dolomite. Nampak tak? Secara tidak langsung korang mendapat sedikit ilmu melalui pembacaan blog iqa malik ni. Hee


contoh stalactite and stalagmite

siot punya kelawar. Org dah siap2 suluh, mereka tidak bangun. Penat je kejut. Huu

siapa yg takut gelap jgn masuk dlm gua ni. dikhuatiri korg tak jumpa jln keluar . Haha. Tu makcik dgn pakcik kat belakang tu tngh dating dlm gua kelawar. Comel je  :D (sorry ezzaryn, aku tertangkap gmbr dgn kau kau skali)


 skrg kitorg berada di klim geoforest park yang mempunyai keindahan flora dan fauna.

abg yg bawak bot ni nak interframe jugak kat belakang tu. Jgn main gila.
kenapa pipi aku tetiba bulat seperti apple? --"

take note, this is sedimentary rock. The appearance was changed because weathering of water .

 kat sini adalah sempadan antara Negara Malaysia and Thailand. Smpai je sini, you should check ur fon,korg akan dpt berlambak-lambak msj masuk smapai tak menyempat nak baca . msj “welcome to Thailand and bla bla bla “ sbb korg dah pun masuk kawasan Thailand. Teruja tak?? :D

 aku suka gila dkt kawasan ni, sbb cantik. Then aku terasa diri seperti berada di mexico. Hahha

kat sini ada bnyak kapal2 yg tersidai dan semua nya utk dijual. Aku ada la borak dgn abg yg pandu boat kitorg ni “berapa harga kapal semua ni bang?” then dia jawab “tak mahal, murah je” perhh aku dah berangan dah nk beli satu. Murah katanya. “berapa murah tu ?” , “tak lebih dari sejuta” . cis! =.= berpinar pinar mata aku dgr tak lebih dari sejuta, means hampir-hampir sejuta la kan. Terpaksa laa aku membatalkan hasyrat utk memiliki nya satu, baru nak eksyen konon ada kapal mcm titanic. Huuu

nama kapal ni ialah panta rhei. Kalau korg perasan kapal ni ada dlm cerita ombak rindu dimana aron aziz dan maya Karin berlakun semasa adegan mereka bersantai, bermesra, berkelah dkt atas ni. Excited doe aku jumpa kapal yg ada dlm cerita femes tu. Baru aku tahu, ooo kat sini rupa nya diorg berlakun. Haha. Dungu! Org lain semua dah tahu, aku je yg lambat, :’)


tengok gmbr ni. Nmpak tak splash of water yg membuktikan kan kelajuan boat yg abg tu bawak. Wa ckp. Aku dah la duduk blakang sekali. Rasa mcm nk tercampak je aku dari boat ni, melayang layang tubuh aku kau tahu, dah la aku ringan, duduk pulak dkt blakang skali. Kalau aku tercampak mesti org tak perasan kan   
-___-  cis.

 Keindahan flora dan fauna

Then lepas habis semua aktiviti lawatan, ptg tu kitorg blik motel. Tak tahu nk buat apa. Kitorg plan la nak jalan jalan smbil mandi dkt pantai. Pantai blakang motel je. Kat sini jgn terkejut la kalau kau nmpak bob marley bersepah sana sini. Aku ingt kan mmg betul bob marley, sekali sudah ckp bahasa melayu lah satu kali. Haha. Diorg tu sebernanya org melayu. Tp duduk dkt langkawi ni lama sangat smpai bertukar menjadi bob marley, kulit gelap, rambut gimbal atau lazimnya disebut "dreadlocks" 

sebijik mcm ni. sumpah tak tipu. mmg style org pulau langkawi mcm ni erk? 

Kat pantai ni mcm2 ada. Kau nak naik payung terjun ke, kau nk berenang ke,kau naik banana boat ke. Suka hati. Memandang kan aku tak pernah naik banana boat, jadi aku dan rakan2 telah mengisytiharkan diri utk menaiki boat pisang. Hee. Walaweh, seronok sakan kau tahu. Aku siap melompat-lompat atas tu, pastu menukarkan diri drpd menghadap hadapan betukar menghadap ke belakang, adventure sikit kan. pastu siap berjalan2 atas tu lgi. Haha. (yg ni tipu)

coolio doe naik ni, terasa seperti berterbangan di udara bersama-sama burung helang. huu. harga nya rm60.

bot pisang :)



Nmpak tak ke jakunan aku kt situ. Aku yg berada di center of the gravity. Heheh. Kt tengah2 tu .

Malam tu pulak kitorg ramai2 buat BBQ. Bbq buat dkt chalet sebelah memandangkan motel kitorg yg mahal ni takda kemudahan. Terpaksa la berjalan meredah pantai pasir semata2 nk pergi bbq dkt sblah. Habis riuh lah chalet tu aku ckp. Penuh dgn pelajar asing yg sesat masak bbq dkt sana, selamber saja :D

waish. kelebaran mulut yg melampau. haha

Fuhhh, berpeluh bang masak katak. :)  haahha. Tak laa, itu sotong. Taktahu la knapa aku Nampak rupanya seperti katak -.-

Kitorg pun siap buat unggun api kau tahu. Wajib buat, baru rasa mcm meriah sikit. :)

bersama Diane Ann Johnny. si sabahan :)

bersama eja. gmbr ni lawak je, semua kalau boleh semua nk mencelah celah dkt belakang. hakhak

Lepas mkn semua classmate aku buat game, kotak beracun. Tahu tak  mcm mana nak main? Mcm ni, duduk dlm bulatan, passing kotak beracun yg mempunyai racun(denda) smbil lagu di mainkan. Kalau lagu stop, kau pulak yg tengah pegang, nahhh! Habis lah kau kne buat apa bnda yg kotak beracun tu suruh. mcm main music chair. cis! Aku pling tak suka game ni. Kalau smpai je kotak kat tangan aku, mesti immediately aku akan baling kotak tu sbb takut kna buat bnda mengarut. Ada yg kene jd penyu laa, tarzan laa, taknak aku. Huuu

Tapi nasib tidak pernah menyebelahi saya . -.- si mat yen kena kotak beracun, then dia punya denda ialah, beliau harus menari dan mencari seorang partner utk menari skali. Sekali dia sudah pilih saya lah jd partner. Apakah ? -.- aku taknak! Tapi semua org sokong.Aku rasa mcm kena bala yg dasyat menimpa diriku ini. Siot betol mat yen. nnti kau aku balas dendam. haha. 

Tengok la apa aku buat. Aku tengah menari zapin sebernanya, siap bukak kekuda dan membuka langkah utk bersilat. Huuuu

no papparazi please. hee. mata aku tak boleh bukak sbb cahaya flash menguasi diriku ini. huu
Lepas habis segala game kotak beracun ni, kitorg terus pulang ke motel.
 Fuhhh. Hari yg memenatkan.


to be continued.....

Aku terpaksa menghabis kan masa beberapa jam hanya utk memilih dan mengedit gambar daripada jutaan gmbr. What the M? -.-



Sabtu, 14 April 2012

Site visit at langkawi 1

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tajuk post hari ni kenapa ada 1? okay means akan ada post utk II dan III. Bersedia lah korng. haha. actually aku bukan saja gedik gedik nak buat post smpai enam belas kan. Aku nak devide and seperates all the post between the days. nnti aku taknak laa korang ckp “hey derr apa ni post berjelar-jelar bagai nak rak, mencanak laa aku nak baca, tak kuasa mak, nyah! “ then korng terus tutup blog aku tanpa menunggu isyarat dari kepala -.- Okay. Sangat tidak cool begitu.

Post ni akan ada III episode tau.heheh so its means percutian kali ini ialah 3 hari. Eceh, gaya aku pergi bercuti dkt paris nk kene buat post bnyak2. :) Padahal langkawi je pun. Langkawi je kot. Apa nak heran. Hahah. Takpe. Aku nak jugak cerita pasal langkawi. Kalau nak tahu aku pergi langkawi ni ikot rombongan kelas. Bukan rombongan cek kiah yg penuh dgn gossip tu tau. Ini site visit ke langkawi untuk subjek geology. Masa ni laa korang nak rasa pergi site site view utk kaji batu kononnya ahli geologist yg berpengalaman. Ahaks, apadahal kan, aku ni batu batu pun tak kenal lagi. Apa benda igneous rock? Apa benda sedimentary rock? apa benda metamorphic rock? Go search at google :D aku sebernanya tak suka subjek geology ni. Sbb penuh dgn ayat. 100% menghafal -.- dah la otak saya sngt lembab utk menerima sesuatu fakta. Tp sbb kan ada trip ni, membuat kn subjek geology sngt awesome. Tp hanya utk site visit ni je la. Hehhe

Site visit ni aku pergi bulan February hari tu, hari ni baru rajin nak update. Nampak tak kerajinan aku dkt situ? LOL. okay, Start perjalanan dgn menaiki bas uitm ke jeti kuah selama beberapa jam. Then naik feri selama sejam baru sampai di langkawi. Wooooo. Sebernanya aku dah bosan pergi langkawi ni. kemain bongkak nya kau -.- Mahu tak nya setiap kali LIMA di langkawi mesti pergi langkawi dgn family, then pernah ikot trip skolah dulu. Takpe, skrg  dgn budak2 U, mesti pengalamannya lain kan. kalau tak pergi tak dpt markah utk final pulak. mesti pergi! yeah!

ni jadual perlepasan utk feri2 jeti kuah, ktorg punya feri Frontier 6 berlepas pukul 12 tengah hari. memandang kn kitorg smpai kt kuah 2 jam awal. terpaksa lah duduk tercongok tunggu feri dtg -.-

nah ! itu dia new frontiers 6. canggih betul nama . *jakun

Feri yg tersergam indah. Bg sesiapa yg sedar bahawa diri seorang yg mabuk laut silalah sediakan baldi merah dan letakkan di sebelah.

Look like semua berebut-rebut nak cop tempat dlm feri tu especially dkt tepi tingkap, sudah menjadi satu kemestian supaya dpt menghayati alunan ombak membelah pantai. Haha.
kalau nk tahu trip ni hampir 60 student dgn lecturer. so mmg hebat laa kitorg buat feri ni mcm kitorg yg punya. :P

suka gmbr che'ah yg ni. acah-acah mcm dkt overseas je gaya nya kau.  :)

pemandangan dari dlm feri. cool tak cool.

muka yg sngt penat sbb tak cukup tidur . ni semua gara-gara excited melampau nak pergi langkawi . hikhik

welcome to langkwi! jyeah!


Lepas smpai je langkawi kitorg terus pergi ke tempat penginapan utk letak bagasi, bilik dia sngt awesome gila. Harga RM100 per night. Imagine how the room looks like -.- takpe bajet 2012 punya pasal saya tak kesah. Tehee. Then kitorg pergi jeti apa tah nama utk naiki boat utk ke tasik dayang bunting.


view dkt jeti-unknown-name (tak ingat apa nama)

excuse me guys. saya pakai shade, topi bagai bukan sbb I nak jd datin-wanna be , bukan sbb I nk jd org sakai ever or someone else. I pakai mcm ni sbb I nk melindungi kulit daripada sinaran matahari. yela kita 24 jam terpacak dkt bawah matahari, mmg tak hitam kan kulit kan. dah la dkt langkawi cuaca tersangat terik. so watch out your mouth. kan terover dah aku. sorry emo skit. biasa laa, org tengok I selekeh skit je nak mengata ngata. sorry laa. --"

nampak saya seperti gemuk la masa ni -.-


view dari atas bot. wahh. sngat indah ciptaan tuhan. dgn air jenih, pulau menghijau. membuat kan aku rasa seperti mahu terus terjun ke dlm laut. 



laju gila weh pakcik pakcik semua bawak boat, gaya mcm nak berlumba di atas litar F1. aku risau boat terbalik je. kalau terbalik bukan aku selamat kn diri aku. aku selamat kn barang2 aku dulu. hahah 

aku snggup duduk depan sekali semata-mata nk dpt kn gambar yg terbaik :)

yg pakai shade ni lecturer geology saya. how tak howt kan. :) dia belum kawin lagi tau. hee

.tasik dayang bunting. here we are. :) dayang bunting ni kalau tengok dari jauh nmpak seperti ibu mengandung sedang terbaring. kalau nk tahu dayang bunting ni ada sejarah nya sendiri.

Keep langkawi island clean please. Okay kat sini ada bnyak monyet, monyet kt sini semua rakus2. Pantang Nampak manusia pegang plastic beg habis dia sambar. So tak heran laa kalau dgr perempuan dok terjerit jerit dkt tasik dayang bunting. Automatic akan tahu dkt situ mesti ada monyet. So watch out. haha

Jgn lepas kan peluang utk mandi dkt tasik dayang bunting yg mempunyai kedalaman nya sngt dlm kalau tidak anda seorang yang sngt rugi. :) then you should use a life jacket bila mandi di tasik dyang bunting utk mengelakkan you lemas. Tp aku tengok budak laki semua tak pakai apa2, semua main terjun je. Yg reti berenang boleh laa buat mcm tu. Tengok diorg mandi dah buat aku sngt teruja dan apa lagi aku terus terjun tanpa menggunakan pelampung katak. Ahak, konon reti berenang laa. Itu pun aku swim swim, then berpaut dkt tebing. Then swim lagi. Baru la tak tenggelam. Hakhak, cara yg bernas  -.- lagi satu, bg mak cik2 yg belum dpt anak sejak kahwin 5 tahun lalu. Anda harus minum air dari tasik dayang bunting. insyaAllah dpt anak. Tak tahu la betul ke tak. Org zaman dulu laa yg ckp.

ni la dia tasik dayang bunting. dkt belakang tu laa semua org duk berenang renang mengejar satu sama lain

Lepas tu, kitorg pergi tengok helang. Wooo excited weh tengok helang berlonggok longgok dkt angkasa. Pastu pakcik yg pandu boat baling ketulan ayam dkt atas air, cepat je helang yg berada di angkasa tu turun dan sambar, padahal ketulan ayam tu kecik je. So eagle eyes o.O

Lalu perjalanan di teruskan, pergi ke pulau beras, dkt sini siapa yg nak mandi , main air, bina istana pasir, main lari2 or nak dating with couple sila berbuat demikian sbb pemandangan dia sngt cantik. Air jernih lagi biru.
tapi aku sibuk main benda ni. bergayut gayut dkt pokok. rasa seperti diri seorang tarzan. auwwww

Masa otw nak balik aku jumpa cruise. Sngt besar weh. Cantik pulak tu. Rasa mcm nak masuk je main nyorok-nyorok dlm tu. Confirm sesat 15 hari. Katanya cruise ni terbelengkalai dkt situ sbb rosak dan sedang di baik pulih kn sblum meneruskn perjalanan.








 besar kan. cantik pulak tu . *tersangat teruja


Dkt pukul 5 kitorng smpai dkt motel, semua terus terlentang atas katil sbb penat main air punya pasal dan penat mengkaji batu. then aktiviti lepas tu sendiri punya jadual. suka hati nak buat apa.


to be continued......