iqa malik's stalker

Sabtu, 14 April 2012

Site visit at langkawi 1

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tajuk post hari ni kenapa ada 1? okay means akan ada post utk II dan III. Bersedia lah korng. haha. actually aku bukan saja gedik gedik nak buat post smpai enam belas kan. Aku nak devide and seperates all the post between the days. nnti aku taknak laa korang ckp “hey derr apa ni post berjelar-jelar bagai nak rak, mencanak laa aku nak baca, tak kuasa mak, nyah! “ then korng terus tutup blog aku tanpa menunggu isyarat dari kepala -.- Okay. Sangat tidak cool begitu.

Post ni akan ada III episode tau.heheh so its means percutian kali ini ialah 3 hari. Eceh, gaya aku pergi bercuti dkt paris nk kene buat post bnyak2. :) Padahal langkawi je pun. Langkawi je kot. Apa nak heran. Hahah. Takpe. Aku nak jugak cerita pasal langkawi. Kalau nak tahu aku pergi langkawi ni ikot rombongan kelas. Bukan rombongan cek kiah yg penuh dgn gossip tu tau. Ini site visit ke langkawi untuk subjek geology. Masa ni laa korang nak rasa pergi site site view utk kaji batu kononnya ahli geologist yg berpengalaman. Ahaks, apadahal kan, aku ni batu batu pun tak kenal lagi. Apa benda igneous rock? Apa benda sedimentary rock? apa benda metamorphic rock? Go search at google :D aku sebernanya tak suka subjek geology ni. Sbb penuh dgn ayat. 100% menghafal -.- dah la otak saya sngt lembab utk menerima sesuatu fakta. Tp sbb kan ada trip ni, membuat kn subjek geology sngt awesome. Tp hanya utk site visit ni je la. Hehhe

Site visit ni aku pergi bulan February hari tu, hari ni baru rajin nak update. Nampak tak kerajinan aku dkt situ? LOL. okay, Start perjalanan dgn menaiki bas uitm ke jeti kuah selama beberapa jam. Then naik feri selama sejam baru sampai di langkawi. Wooooo. Sebernanya aku dah bosan pergi langkawi ni. kemain bongkak nya kau -.- Mahu tak nya setiap kali LIMA di langkawi mesti pergi langkawi dgn family, then pernah ikot trip skolah dulu. Takpe, skrg  dgn budak2 U, mesti pengalamannya lain kan. kalau tak pergi tak dpt markah utk final pulak. mesti pergi! yeah!

ni jadual perlepasan utk feri2 jeti kuah, ktorg punya feri Frontier 6 berlepas pukul 12 tengah hari. memandang kn kitorg smpai kt kuah 2 jam awal. terpaksa lah duduk tercongok tunggu feri dtg -.-

nah ! itu dia new frontiers 6. canggih betul nama . *jakun

Feri yg tersergam indah. Bg sesiapa yg sedar bahawa diri seorang yg mabuk laut silalah sediakan baldi merah dan letakkan di sebelah.

Look like semua berebut-rebut nak cop tempat dlm feri tu especially dkt tepi tingkap, sudah menjadi satu kemestian supaya dpt menghayati alunan ombak membelah pantai. Haha.
kalau nk tahu trip ni hampir 60 student dgn lecturer. so mmg hebat laa kitorg buat feri ni mcm kitorg yg punya. :P

suka gmbr che'ah yg ni. acah-acah mcm dkt overseas je gaya nya kau.  :)

pemandangan dari dlm feri. cool tak cool.

muka yg sngt penat sbb tak cukup tidur . ni semua gara-gara excited melampau nak pergi langkawi . hikhik

welcome to langkwi! jyeah!


Lepas smpai je langkawi kitorg terus pergi ke tempat penginapan utk letak bagasi, bilik dia sngt awesome gila. Harga RM100 per night. Imagine how the room looks like -.- takpe bajet 2012 punya pasal saya tak kesah. Tehee. Then kitorg pergi jeti apa tah nama utk naiki boat utk ke tasik dayang bunting.


view dkt jeti-unknown-name (tak ingat apa nama)

excuse me guys. saya pakai shade, topi bagai bukan sbb I nak jd datin-wanna be , bukan sbb I nk jd org sakai ever or someone else. I pakai mcm ni sbb I nk melindungi kulit daripada sinaran matahari. yela kita 24 jam terpacak dkt bawah matahari, mmg tak hitam kan kulit kan. dah la dkt langkawi cuaca tersangat terik. so watch out your mouth. kan terover dah aku. sorry emo skit. biasa laa, org tengok I selekeh skit je nak mengata ngata. sorry laa. --"

nampak saya seperti gemuk la masa ni -.-


view dari atas bot. wahh. sngat indah ciptaan tuhan. dgn air jenih, pulau menghijau. membuat kan aku rasa seperti mahu terus terjun ke dlm laut. 



laju gila weh pakcik pakcik semua bawak boat, gaya mcm nak berlumba di atas litar F1. aku risau boat terbalik je. kalau terbalik bukan aku selamat kn diri aku. aku selamat kn barang2 aku dulu. hahah 

aku snggup duduk depan sekali semata-mata nk dpt kn gambar yg terbaik :)

yg pakai shade ni lecturer geology saya. how tak howt kan. :) dia belum kawin lagi tau. hee

.tasik dayang bunting. here we are. :) dayang bunting ni kalau tengok dari jauh nmpak seperti ibu mengandung sedang terbaring. kalau nk tahu dayang bunting ni ada sejarah nya sendiri.

Keep langkawi island clean please. Okay kat sini ada bnyak monyet, monyet kt sini semua rakus2. Pantang Nampak manusia pegang plastic beg habis dia sambar. So tak heran laa kalau dgr perempuan dok terjerit jerit dkt tasik dayang bunting. Automatic akan tahu dkt situ mesti ada monyet. So watch out. haha

Jgn lepas kan peluang utk mandi dkt tasik dayang bunting yg mempunyai kedalaman nya sngt dlm kalau tidak anda seorang yang sngt rugi. :) then you should use a life jacket bila mandi di tasik dyang bunting utk mengelakkan you lemas. Tp aku tengok budak laki semua tak pakai apa2, semua main terjun je. Yg reti berenang boleh laa buat mcm tu. Tengok diorg mandi dah buat aku sngt teruja dan apa lagi aku terus terjun tanpa menggunakan pelampung katak. Ahak, konon reti berenang laa. Itu pun aku swim swim, then berpaut dkt tebing. Then swim lagi. Baru la tak tenggelam. Hakhak, cara yg bernas  -.- lagi satu, bg mak cik2 yg belum dpt anak sejak kahwin 5 tahun lalu. Anda harus minum air dari tasik dayang bunting. insyaAllah dpt anak. Tak tahu la betul ke tak. Org zaman dulu laa yg ckp.

ni la dia tasik dayang bunting. dkt belakang tu laa semua org duk berenang renang mengejar satu sama lain

Lepas tu, kitorg pergi tengok helang. Wooo excited weh tengok helang berlonggok longgok dkt angkasa. Pastu pakcik yg pandu boat baling ketulan ayam dkt atas air, cepat je helang yg berada di angkasa tu turun dan sambar, padahal ketulan ayam tu kecik je. So eagle eyes o.O

Lalu perjalanan di teruskan, pergi ke pulau beras, dkt sini siapa yg nak mandi , main air, bina istana pasir, main lari2 or nak dating with couple sila berbuat demikian sbb pemandangan dia sngt cantik. Air jernih lagi biru.
tapi aku sibuk main benda ni. bergayut gayut dkt pokok. rasa seperti diri seorang tarzan. auwwww

Masa otw nak balik aku jumpa cruise. Sngt besar weh. Cantik pulak tu. Rasa mcm nak masuk je main nyorok-nyorok dlm tu. Confirm sesat 15 hari. Katanya cruise ni terbelengkalai dkt situ sbb rosak dan sedang di baik pulih kn sblum meneruskn perjalanan.








 besar kan. cantik pulak tu . *tersangat teruja


Dkt pukul 5 kitorng smpai dkt motel, semua terus terlentang atas katil sbb penat main air punya pasal dan penat mengkaji batu. then aktiviti lepas tu sendiri punya jadual. suka hati nak buat apa.


to be continued......

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. comel nya akak wt memek muka cm tu

    sye ade buat segmen
    hrp akak sudi join

    http://cek-chiqa.blogspot.com/2012/04/segmen-macam-mana-blog-aku-by-eqa.html

    BalasPadam