iqa malik's stalker

Ahad, 15 April 2012

site visit at langkawi 2

Okay sambungan cerita semalam. Nak tahu tak? Apa? Taknak tahu? Foine foine. Aku merajuk 15 saat -.- huuu. Dah dah. Jgn nak tergedik. Hee. Okay. bg siapa yg tak tahu, post ni ialah smbungan dari post aku yg semalam site visit at langkawi 1. Hari ni punya post aku nk story morry skit pasal hari kedua site visit aku di langkawi.  Cehh! Berangan gaya ada je org nk baca je penulisan ringkas aku ni.

Aktiviti hari ni bermula pada pukul 8 pagi kot. Kot la. Kurang ingt laa. Tu la siapa suruh cerita 2 bulan lepas punya cerita hari ni baru rajin nak bukak cerita. Okay salah aku :( just assume la pukul 8 start, tau tau. Hee. So kitorg pun bngun pukul 7.30. nmpak tak ciri-ciri seorg wanita kat situ? Bapak pemalas la semua nk bngun. Bilik aku 5 org. tp masing masing menyorok kn diri dlm selimut tak nak mandi first punya pasal. Mahu tak nya mlm tu dkt pukul 3 baru tido, bergosship!. Do you espect yg ktorg akan tidur awal tepat pukul 9 ke kalau dah dkt Negara org ni? Mmg tak laa. Aku akan menghargai setiap detik yg ada,setiap ruang yg ada ^^ cop cop, td ada aku ckp aku di  Negara org ke? Tehee. Berangan nak mati. Kembali ke isi penting, last last aku laa yg jd hero menyelamatkan keadaan dgn menjadi org pertama yg masuk ke dlm bilik air. Wooooo. Sep sikit. Tu pun sbb aku mempunyai kesedaraan yg aku ni siap lambat mcm perempuan. Hahha. (aku jantan sebernanya -.-) dah siap mandi semua aku pakai baju dan sarung kan seluar treck suit. Ulang semula, treck suit. Sumpah doe aku ckp ,tak pernah lagi aku pergi Negara org pakai seluar treck suit ni, dah la kalau berjalan seluar ni akan berlaga sesame sendiri dan menghasilkan bunyik plastic yg annoying. Fyi, aku tak pernah ada treck suit sejak dewasa ini. Itu pun pinjam dkt org. hahah. :)

pakaian aku selama di langkawi ini adalah treck suit dan shirt memandang kn semua aktiviti berkaitan dgn air. Jgn harap la aku nk pkai seluar jeans bagai. Nk kering kan tak pasal2 kena tunggu sebulan utk memastikan jeans betul2 kering. Tak snggup aku . huuu

destinasi pertama kitorg ialah gua kelawar. Nk pergi gua kelawar ni bukan senang tau. Kena berenang meredah onak duri dan ombak di pantai. Bayangkan! Hahah. K tipu, kitorg naik boat la for sure. Smpai gua kelawar tu bapak jakun laa semua tengok kelawar tengah tidur. Siot punya kelawar, tak tahu ke kitorg dtg jauh2 semata-mata nk tengok beliau. Boleh pulak ia nya tidur dgn lena. Lol. Kau gelak apa? Kelawar kn berjaga mlm, siang ia nya tidur. Oh yeke? ! heheh. Dlm gua kelawar ni gelap gulita, jln pun suluh2 pakai lampu hanset. Nasib baik hanset aku ada torch light. Siapa yg pkai hanset mahal2 tu nasib laa, siapa suruh pakai hanset mahal, kan tak berguna kalau perkara sebegini berlaku :P motif kitorg masuk gua ni pun bkn sbb nk melawat atok nenek cucu kelawar, kitorg nk melihat dan belajar bgaimana gua terjadi, bagaimana stalactite and stalagmite terjadi. Gua sebernanya terbentuk dari batu kapur. Dissolution of calcite is responsible for creating limestone cavern. Mineral that involve in dissolution is carbonate mineral, calcite and dolomite. Nampak tak? Secara tidak langsung korang mendapat sedikit ilmu melalui pembacaan blog iqa malik ni. Hee


contoh stalactite and stalagmite

siot punya kelawar. Org dah siap2 suluh, mereka tidak bangun. Penat je kejut. Huu

siapa yg takut gelap jgn masuk dlm gua ni. dikhuatiri korg tak jumpa jln keluar . Haha. Tu makcik dgn pakcik kat belakang tu tngh dating dlm gua kelawar. Comel je  :D (sorry ezzaryn, aku tertangkap gmbr dgn kau kau skali)


 skrg kitorg berada di klim geoforest park yang mempunyai keindahan flora dan fauna.

abg yg bawak bot ni nak interframe jugak kat belakang tu. Jgn main gila.
kenapa pipi aku tetiba bulat seperti apple? --"

take note, this is sedimentary rock. The appearance was changed because weathering of water .

 kat sini adalah sempadan antara Negara Malaysia and Thailand. Smpai je sini, you should check ur fon,korg akan dpt berlambak-lambak msj masuk smapai tak menyempat nak baca . msj “welcome to Thailand and bla bla bla “ sbb korg dah pun masuk kawasan Thailand. Teruja tak?? :D

 aku suka gila dkt kawasan ni, sbb cantik. Then aku terasa diri seperti berada di mexico. Hahha

kat sini ada bnyak kapal2 yg tersidai dan semua nya utk dijual. Aku ada la borak dgn abg yg pandu boat kitorg ni “berapa harga kapal semua ni bang?” then dia jawab “tak mahal, murah je” perhh aku dah berangan dah nk beli satu. Murah katanya. “berapa murah tu ?” , “tak lebih dari sejuta” . cis! =.= berpinar pinar mata aku dgr tak lebih dari sejuta, means hampir-hampir sejuta la kan. Terpaksa laa aku membatalkan hasyrat utk memiliki nya satu, baru nak eksyen konon ada kapal mcm titanic. Huuu

nama kapal ni ialah panta rhei. Kalau korg perasan kapal ni ada dlm cerita ombak rindu dimana aron aziz dan maya Karin berlakun semasa adegan mereka bersantai, bermesra, berkelah dkt atas ni. Excited doe aku jumpa kapal yg ada dlm cerita femes tu. Baru aku tahu, ooo kat sini rupa nya diorg berlakun. Haha. Dungu! Org lain semua dah tahu, aku je yg lambat, :’)


tengok gmbr ni. Nmpak tak splash of water yg membuktikan kan kelajuan boat yg abg tu bawak. Wa ckp. Aku dah la duduk blakang sekali. Rasa mcm nk tercampak je aku dari boat ni, melayang layang tubuh aku kau tahu, dah la aku ringan, duduk pulak dkt blakang skali. Kalau aku tercampak mesti org tak perasan kan   
-___-  cis.

 Keindahan flora dan fauna

Then lepas habis semua aktiviti lawatan, ptg tu kitorg blik motel. Tak tahu nk buat apa. Kitorg plan la nak jalan jalan smbil mandi dkt pantai. Pantai blakang motel je. Kat sini jgn terkejut la kalau kau nmpak bob marley bersepah sana sini. Aku ingt kan mmg betul bob marley, sekali sudah ckp bahasa melayu lah satu kali. Haha. Diorg tu sebernanya org melayu. Tp duduk dkt langkawi ni lama sangat smpai bertukar menjadi bob marley, kulit gelap, rambut gimbal atau lazimnya disebut "dreadlocks" 

sebijik mcm ni. sumpah tak tipu. mmg style org pulau langkawi mcm ni erk? 

Kat pantai ni mcm2 ada. Kau nak naik payung terjun ke, kau nk berenang ke,kau naik banana boat ke. Suka hati. Memandang kan aku tak pernah naik banana boat, jadi aku dan rakan2 telah mengisytiharkan diri utk menaiki boat pisang. Hee. Walaweh, seronok sakan kau tahu. Aku siap melompat-lompat atas tu, pastu menukarkan diri drpd menghadap hadapan betukar menghadap ke belakang, adventure sikit kan. pastu siap berjalan2 atas tu lgi. Haha. (yg ni tipu)

coolio doe naik ni, terasa seperti berterbangan di udara bersama-sama burung helang. huu. harga nya rm60.

bot pisang :)



Nmpak tak ke jakunan aku kt situ. Aku yg berada di center of the gravity. Heheh. Kt tengah2 tu .

Malam tu pulak kitorg ramai2 buat BBQ. Bbq buat dkt chalet sebelah memandangkan motel kitorg yg mahal ni takda kemudahan. Terpaksa la berjalan meredah pantai pasir semata2 nk pergi bbq dkt sblah. Habis riuh lah chalet tu aku ckp. Penuh dgn pelajar asing yg sesat masak bbq dkt sana, selamber saja :D

waish. kelebaran mulut yg melampau. haha

Fuhhh, berpeluh bang masak katak. :)  haahha. Tak laa, itu sotong. Taktahu la knapa aku Nampak rupanya seperti katak -.-

Kitorg pun siap buat unggun api kau tahu. Wajib buat, baru rasa mcm meriah sikit. :)

bersama Diane Ann Johnny. si sabahan :)

bersama eja. gmbr ni lawak je, semua kalau boleh semua nk mencelah celah dkt belakang. hakhak

Lepas mkn semua classmate aku buat game, kotak beracun. Tahu tak  mcm mana nak main? Mcm ni, duduk dlm bulatan, passing kotak beracun yg mempunyai racun(denda) smbil lagu di mainkan. Kalau lagu stop, kau pulak yg tengah pegang, nahhh! Habis lah kau kne buat apa bnda yg kotak beracun tu suruh. mcm main music chair. cis! Aku pling tak suka game ni. Kalau smpai je kotak kat tangan aku, mesti immediately aku akan baling kotak tu sbb takut kna buat bnda mengarut. Ada yg kene jd penyu laa, tarzan laa, taknak aku. Huuu

Tapi nasib tidak pernah menyebelahi saya . -.- si mat yen kena kotak beracun, then dia punya denda ialah, beliau harus menari dan mencari seorang partner utk menari skali. Sekali dia sudah pilih saya lah jd partner. Apakah ? -.- aku taknak! Tapi semua org sokong.Aku rasa mcm kena bala yg dasyat menimpa diriku ini. Siot betol mat yen. nnti kau aku balas dendam. haha. 

Tengok la apa aku buat. Aku tengah menari zapin sebernanya, siap bukak kekuda dan membuka langkah utk bersilat. Huuuu

no papparazi please. hee. mata aku tak boleh bukak sbb cahaya flash menguasi diriku ini. huu
Lepas habis segala game kotak beracun ni, kitorg terus pulang ke motel.
 Fuhhh. Hari yg memenatkan.


to be continued.....

Aku terpaksa menghabis kan masa beberapa jam hanya utk memilih dan mengedit gambar daripada jutaan gmbr. What the M? -.-



4 ulasan:

  1. haha...teruja nya dpt jumpa kapal ombak rindu.macm nk bwk g kedai fotostet bnyk2 tmpl kt dinding! boleh kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? best kot. sumpah teruja. hahha. boleh saja. potestet bnyak2. pastu tiap mlm tengok :)

      Padam
  2. wahh best nye kak :) mase syaza pg langkawi dlu takde pulak pg tempat2 ni . hm btw akk pakai DSLR jenis ape ? canon barapa D ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. syaza tak pergi la tu. rugi laa tak pergi. cantik kot :) mcm taknak balik je. nk jd org langkawi. hahha. entah laa. camera pinjam je pun . hekhek. yg pasti cannon 600D

      Padam