iqa malik's stalker

Rabu, 30 Oktober 2013

twitterrrrrrrr

hi hello Assalamualaikum :)

cak! cak! cak! cececey bajet comel je main cak cak sambil sorok belakang langsir. :)

ni saya nk cerita pasai twiderrrr. hangpa tahu twidder? mai follow ittew kat sana. kita gossip2 mau? tak mau? hmm. tak mau tak pa la. *merajuk 5 saat* huu

ni nk cerita sikit, tahu tak twitter tu dah mcm nyawa aku. kalau takda twitter tu maka tak berseri lg tak berwarna la hidup aku. yelaa. aku bngun tidur bukak twitter, mkn bukak twitter, nk tidur pon bukak twitter dulu, kadang2 nk mandi pon sambil bertwitter, lagi time tengah mengeran (yak yak) mmg lagi sedap la ber twitt twitt . bnyak ilham yg kluar . kahkahkah. tak senonoh kan aku? eleyh ckp org. tah tah kau org lg teruk dari ni kot :P mana tahu tengah kencingg berdiri pon sempat lg twit. hahahah.

k k stop with tht.

jadi, terbukti la yg aku tak boleh hidup tanpa twitter kan. twitter tu dah mcm surat khabar, berita terkini utk aku. segala news yg menggegarkan dunia aku dpt dri situ, kadang-kadang aku meluahkan perasaan jugak kat situ . baca lg sekali dgn muka yg serius dan muncungkan mulut anda. (kadang-kadang)  je tau. teheee.

lalu, ada lah hari ni, beberapa hari yg lepas, aku bngun tidur , bukak fon, nk twitt la konon. aku taip "selamat pagi malaysia, tidur ku diganggu malam ini" haaa. lepastu tekan send. papppppp! kluar notis. twit aku tu tak boleh send sbb ada problem. gua dah . haiihhhhh. pehal pulak dah. cek TL 8 jam lepas tak gerak-gerak. tekan refresh banyak kali pon tak gerak2 jugak TL. aku dah musykil sambil menggaru ponggong. bukak profile aku. watdehell ni. followers n following kosong. haaaaa. nak nangis weh. sumpah. tunggu jap. cool down dulu.

haaa. mana ada menangis kan tengok mcm ni. kosong bhai. telur ayam je ha :'(

lepas agak2 dah tenang diri ku ini selepas menagis seperti mati laki,aku bukak la twitter through laptop. terpampang kluar "your twitter has been SUSPENDED" what???!!! how come boleh jd mcm ni. mencarut2 jugakk la aku kan !@#@$@#%!%%^@#%. haaa. ganas nya carut. adik2 yg tak cukup umur tu jgn cuba translate ayat td. marabahaya. huhu. pelik tak kenapa kena suspended? aku pon cuba la selidik. ghupa-ghupa nya akaun aku disyaki di ceroboh oleh org lain. haihhh siapa laa yg hati busuk sngt nk ceroboh aku punya akaun kan. bukan nya ada benda penting pon. hmmmm

lalu pihak twitter mensarankan aku utk buat report dan hantar email. kes aku ni acacah mcm kes polis pulak kan. settle hantar email, gua tunggu je smpai esok. still sama. tak boleh guna, tak boleh twit.haihhh, penungguan suatu penyiksaan. aku try lg hantar email sambil merayu2 konon2 diorg boleh la alert sikit dgn email aku kan. masuk hari ke 3 still sama jugak. bengang tak bengang. ni bontot dahh kembang kempis kembang kempis 3 hari tak twitt ni. dgn hati yg berat lg meronta-ronta , aku pon buat la akaun baru @iqamalik2. buat akaun baru ni pon menangis jugak laaa aku kan. mahu tak nyaa. mana nk ingat twithandle kwn2 yg lain. nk follow mcm mana. aku dah dpt rasakan masa depan ku lepas ni musnah. tiada seri tiada gelak tawa :( parah ni parah.hmmmm

lepas tu aku mcm fikir kan. org twitter ni tak buat kerja ke. tak baca email ke apa. penat aku bg ayat jiwang suruh dia repair akaun aku. tak buat2 pon. aku syak diorg tak baca pon email aku. siot tol. jd, utk membendung masalah ini, aku cuba twit direct terus kt diorg guna akaun baru aku tu. kira nya ni last usaha aku la ni. kalau rosak jugak akaun lama aku tawakal jela, biar la ia terkubur begitu saja membawa kenangan kita bersama. hukhukhuk.

haaa. tu dia. harap2 dia baca dgn suka rela lalu terus menyelamatkan nyawa akaun aku yg dah nazak tu.

keesokkan hari nya, hari ke-4 akaun aku kena gantung. ni kena gantung ni hukuman yg paling berat aku pernah kena. macam aku buat jenayah besar kawkaw punya kan. -.- padahal zahirnya aku yg baik ni tak pernah berdosa pada twitter. hahaha. (penipu! penipu!) *suara dari langit* ni mana dtg pulak suara dari langit ni. kalau aku ckp aku tak berdosa tak berdosa laa. hahahah.

aku pon saja la twitsomething kat akaun lama, tiba2 kluar kt TL twit aku tu. wehh! serius la boleh twit?!!!!!! arghhhhhhhhhhhhh *menjerit sekuat-kuatnya* akaun aku dah pulih weyhh. bahgianya rasa. cek profile followers n following kembali seperti biasa. weh, bahagia dia tak payah ckp la kan. mcm mati di hidupkan kembali. hahaha. over sngt pon tak boleh ni.

yay! dah boleh twit suka hati. heheh. suka suka suka :D


okay, dah habis cerita. dah mengantuk ni. *menguap* nnti aku sambung cita dkt twitter pula. kalau rajin laa. hee. siapa2 yg nk contact aku ke apa ke cari kat twitter jela. memandangkan aku ni malas nk update blog kan. pesbuk pon jrg bukak skrg. huu. 

cari kat sini @iqamalik or https://twitter.com/iqamalik

jumpa di sana! :D



btw iqa ada jual tudung bawal satin . murah je. Rm20 selai (include postage) beli 2 iqa bg RM35
sila bukak kat fb iqa tau. dkt album tu ada contoh warna2 yg iqa jual :)






Ahad, 4 Ogos 2013

kaunter pertanyaan

Kaunter pertanyaan? Apakah itu? Kalau anda tidak tahu atau tidak pernah dgr, saya mohon, tolong la panjat bangunan sehingga tingkat 71, lalu terjun dgn suka rela. Hahahah. -.-baiklah. Serius serius. Kaunter pertanyaan itu ialah tempat di  mana kita boleh ajukan persoalan2 yg musykil yg kurang di fahami atau kurang pasti. Contoh nya “ kakak, saya tak faham lah soalan ni 38-65xy=(587-765x)2 cos 2x + cot 56y. boleh tolong selesaikan tak” kalau kaunter tu tolong jawabkan dgn jaya nya saya ucapkan kan tahniah la. Kalau dia balas balik dgn melemparkan tahi hijau jgn Tanya saya kenapa.

Nak di jadikan cerita, sabtu lalu, kemarin la kiranya, saya ingin pulang ke kampong halaman di kolumpor sempena cuti raya aidilfitri dgn menaiki bas ekspress di  terminal bas pineng. Tiket saya pukul 11.30 pagi. tp saya dah terpacak di situ tepat pukul 9.00 pagi. Bapak awal. Ni semua gara2 kawan saya yg tolong hantar kan ke terminal awal2 buta. Heee. Tak reti bersyukur langsung. Nasib ada org hantar kan tau. Okay-okay. terima kasih kawan :’) apa doe nak buat 2 jam setengah kat situ. Agak2 korg apa yg aku buat erk? Yess betul. Selama 2 jam kat situ aku duduk diam di kerusi lalu menutup rapat kedua mata ku dan tidur. Kroh kroh kroh. Hahah. Kisah lak aku. Di mana saja kalau ada peluang utk tidur mmg akan ku manfaatkan sepenuh tenaga. Dgn org ramai kat keliling aku, aku boleh bantai tidur lena kan. Semua pandang pelik je. Apa? Tak pernah tengok org yg sopan santun tidur di khayalak umum ke? :p

sedang saya tidur smbil berdengkur dan air liur meleleh melakar peta tiba-tiba ada seorg makcik tegur saya.

dik, tahu number telefon Kiah tak?

*Dlm hati* “dah kenapa mak cik ni? Si kiah pon aku tak kenal siapa, gentle minta number telefon, dah la tengah mamai ni

ni haa, tahu nombor kiah tak? *hulur telefon 3310*”

Aku dgn pantas dan lantas nya fikir dgn logic. Apa yg mak cik ni nak sebernanya? Lalu ku ambil telefon tu dan bertanya “kiah tu ada telefon mak cik ke?

ada, pukul 11 semalam. Cuba tengok. Ada tak?

Ohhh rupanya mak cik  ni tak tahu nk guna telefon bimbit dia. Aku pon carik laa dkt received call ada number yg tak di kenali mendail mak cik ni lebih kurang pukul 11. Aku syak ni la mak cik kiah yg di warwarkan. Lalu aku dail number tersebut. Rupanya mmg betul la tu makcik kiah. Nasib betul. Lepas makcik tu borak2 dgn  makcik kiah. Dia hulur lagi telifon bimbitnya.

dik salinkan number makcik kiah ni dlm kertas”

Aku pon mcm, err kenapa tak save je kt fon tu kan. Takpe. ku layankan sja laa apa mak cik ni suruh. Kang terkial kial tak dapat call kiah tu. 

Lepas tu mak cik tu pon berlalu. Tingggggg! Tiba2 gua teringat. Apsal aku pernah tengok mak cik ni erk? Familiar gila muka. Yes! Gua dah ingat.  Mak cik ni dulu pon pernah tegur aku jugak dulu. Tp dulu dia  nk call anak dia. Sempoi jeee.  Gentle misteri gila mak cik ni. Dah la rupa seram2 je. Dulu dia Tanya aku pon dkt lokasi yg sama. Di terminal bas pineng. Jengjengjengg…

Dah. Malas nk fikir. Gua nk sambung tidur ku yg terganggu td. Lepas bas smpai je. Saya terus menaiki bas dan terus terlelap. Amboii. Kerja tidur je. Bas pon tak gerak lg. sedar2 dah smpai kl. Hahah. Aku ni tidur mati ke apa? Apa yg terjadi dlm bas tu pon aku tak tahu. Bas tu berheti kat stesen mana2 pon aku tak sedar. Burok betul perangai. Tahu takpe. Hahah.


Sampai la sudah saya di terminal bas puduraya selepas 4 jam perjalanan dari pulau pinang menuju ke kuala lumpur. Syukur Alhamdulillah. Kemudian saya naik LRT dari stesen plaza rakyat  menuju ke ampang. Di stesen tu pula ada seorg makcik cina tegur

ni stesen ke ampang eh?

ye aunty *senyum*”

Aunty tu pon follow aku naik LRT.

*dlm train LRT*

train ni pergi cempaka tak? Maaf la aunty baru first time naik ni”

"ye lalu. tp jauh lagi nak smpai J

nnti dah sampai habaq mai kat aunty k

okay . aunty dari pineng ke?

tak laa. Dari perak

oooooooo” 

baru nk gossip liar dgn anuty ni kan kalau dia dri pineng. tp dri perak pulak. takpe la. tak jadi. hee

stesen seterusnya, cempaka . next stesen, cempaka (laung si pemandu train menggunakan pembesar suara)

aunty dah sampai cempaka ni”

terima kasih na

sama-sama aunty. Jalan elok-elok

Lalu aunty tu pon berlalu pergi jugak. Seriously hari ni aku rasa aku mcm gantung manila kad di leher dgn tulisan tangan di atas kad manila “KAUNTER PERTANYAAN DI SINI” huu. Ke sbb muka aku ni terlampau innocent sampai semua org nk Tanya aku soalan2 yg musykil. Ceyceycey. Tapi takpe. Aku bahagia dapat tolong org yg dlm kesusahan. Rasa mcm tenang hati ni. Dapat juga la pahala pada bulan ramadhan ni kan. :) ayuh, kepada anda di luar sana, jika ada org dalm kesusahan, tolong la selagi terdaya. camonnn. kita kan Malaysiaann 

Jadi kepada anda, jika ada soalan2 yg susah dgn kemusykilan yg melanda, jgn segan utk bertanya kepada saya. InsyaAllah saya akan bantu. Ikhlas. =)
Smpai di sini sajalah coretan saya pada hari ini.

Selamat hari raya aidifitri maaf zahir batin. Nak duit raya! *hulur tangan* :D Jgn lupa kalau nk main mercun tu ajak saya tau.uhuk uhuk. Assalamuaikum

Rabu, 29 Mei 2013

menjejak kasih

hamnboiiii! tajuk bukan main lagi nk jejak jejak kasih bagai. mcm kisah percintan 2 sejoli pulak dah. heee.
actually I nak cerita how I meet her and how I get to know her. cop cop. I? I? sejak bila aku bercerita bahasa kan diri I ni. amboii! kelas kau jah! hahahah. okay ignore. :) her? siapa her? jeng jeng jeng. anda akan tahu sebentar saja lagi. :D

kisah nya bermula begini.
waktu zaman dolu-dolu, sebelum kejatuhan pesbuk dan sebelum kenaikan twitter, dia menambah saya sebagai kenalan di pesbuk.(hantar friend request) lalu saya menerima dia sebagai kenalan(accept), aceceh baku sangat pon tak boleh.hahah. lama juga saya dan dia menjadi kenalan tapi tidak pernah bertegur sapa. (rasanya, tak ingat)

nk di jadikan  cerita, dia telah meng upload download gambar prom night dia di pesbuk. saya pun stalk2, dan comment di gambr tu. sejak situ la bermulanya bait bait percintaan kitorg. hahahahahha. sumpah golissss. tak payah nk berlesbian pulak  kat sini. publik ni iqa. heheh.

kitorg pon sering la berchatting seperti pasangan seorg kekasih. acehh, tipu je ni, chat mcm biasa la. kawan-kawan mcm tu. jgn fikir bukan2 pulak. hee. yg saya ingat ttg dia, dia tengah study tesl kat PPISMP masa tu.


ni la gambar prom night tu. kenal tak siapa? ok takpe. sambung balik cerita. hee 
(you, sorry i tercurik gambar you. teheee)

lepas tu, nk dijadikan cerita lgi, one day sewaktu nama nya melonjak naik ke persada dunia. nama nyaaa..... jengjengjeng. ( sound effect bunyi drum) Tasha Manshahar !!!!!! and I'm just guess. who is she?? o.O dia kenal di sebabkan lagunya di youtube mendapat sambutan menggalakkan. so I pon search laa nama dia dkt pesbuk. saja laa nak stalk-stalk artis mana yg buat dunia bergegar dgn kewujudan dia. :) and I'm justt......what the hell?? dia friend dgn aku kat pesbuk kot. and guess what! aku kenal sngat dia ni. she's the one yg aku selalu chat sama-sama, bergurau senda waktu dolu-dolu...haiyaaa. mcm mana aku boleh tak terperasaan yg nama bapa nya sama?? monoloq aku di dalam hati. huuu. selama ni aku chatting dgn dia aku tak perasan pulak nama ayah nya apa. heee

for those yg tak kenal dia, 

Biodata Tasha Manshahar:
Nama : Nur Nadia Natasha Bt Mohd Manshahar
Umur : 21 Tahun
Tarikh Lahir : 22 November 1992
Asal : Sandakan Sabah tapi tinggal di Kajang.
Adik Beradik : Anak pertama daripada 3 adik beradik
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG ILMU KHAS Kuala Lumpur
Facebook : Tasha_Manshahar (Clora Studio)
Youtube : Tasha_Manshahar
Blog : Little Letters To Myself
Lagu : Be Mine, Hati Ini, Put The Blame On Me dan bnyak lagi

Tasha tidak ada niat meniru sesiapa sesunggunya lagu BE MINE itu sendiri direka bukan untuk tujuan dikomersialkan pada mulanya. Tasha buat lagu tu dengan adik bongsu Tasha, Aizat Aslam ketika dia berumur 12tahun tahun 2011. Masa tu Tasha tgh main gitar, dia masuk bilik, kami golek golek bersama, sembang-sembang, nyanyi-nyanyi, then tiba tiba je ! Terhasil BE MINE :D Jujur Tasha katakan, Adik Najwa jauh lebih berbakat dan dia punya lebih byk pengalaman drpd Tasha. Mohon jangan bandingkan kami. #gonajwalatiff!
(petikan di ambil dari  http://fitrihadi.com/2012/02/biodata-siapa-sebenarnya-tasha-manshahar/)


pada suatu hari.
sedang saya membeli belah di times square, saya ternampak sesorg. iaitu Tasha Manshahar. beliau bersama Syed Shamim dah seorg kawan lelaki.

lalu aku terus tweet dia.

nak manja -manja je bertweet kan. hahahhaa. 

then finally i meet Tasha dkt Station Kopitiam, Berjaya Times Square for lunch . tapi bukan dia je yg ada . adik beradik tasha, sahabat, syed shamim dan rakan. hahaha. tidak ramai2 je. then lepak2 sembang dgn tasha habis gossip satu dunia keluar. nasi pon tak luak. hahahah. she's talkactive, funny, nice, friendly semua ada laaa kan. mmg ramah gila. menyesal tak kenal. eceh! promote! hee. duduk lepak dgn diorg mmg best, lawak gila, semua perangai tahapehape. aku dok gelak je kerja.. 



gmbar nak manja2 je. :)









with them @ed_acoustica @TaliaManshahar @tashamanshahar me @sri juju and @AizatManshahar

for those yg tak pernah dgr lagu dia. dgr yg ni. yg ni paling saya suka. :)
Be Mine


I have a great time with them and yet I'm glad to meet them and gonna miss them so much :D nnti ada kesampaian kita lepak lg. takda hal punya. kahkahkah

for tasha : I will support u no matter what :D

















Jumaat, 19 April 2013

cuti semester 2013

dah 2 minggu cuti semester woiii. tamat laa sudah semester 4 aku di UITM Pulau Pinang. rasa mcm baru je smlm aku mendaftar masuk sebagai budak part 1 lagi hingusan yg mengambil course civil engineering di UITMPP. fuhhh, kejap nya masa. 4 sem bermakna 2 tahun, 2 tahun bhai gua dah bermaustatin dkt negeri org tu. jauh dari family, jauh dari kampung, jauh dari sahabat. huuu. takpe, demi memperjuangkan tanah air dan menjadi generasi anak muda yg bakal menggegar dunia, gunung tinggi sanggup ku daki! lautan berpi sanggup ku renangi! ecehh. mcm bercinta pulak. hewhewhew

semester 4 ni aku rasa semester yg paling busy paling gila yg pernah aku hadapi. kalau org yg tak sanggup menghadapai sem 4 ni aku rasa dah naik tingkat 18 KLCC dah terjun bunuh diri sambil menggalas beg payung terjun dah. kenapa? kenapa? kenapa? apa yg kenapa?!! *buat muka siput sedut*

jadi gila sbb sem ni sumpah takda life gua ckp. dah laa sem 4 ada 4 subjek labarotary. bersamaan 4 lab report yg kena submit every week. tp bukan 4 sebernanaya. setiap minggu dkt 7 lab report kena settle apabila di ganda-gandakan. haihhhh. 7 weh! dgn kelas lagi, dgn quiz, test, assignment lagi. bila masa aku nk study? bila masa aku mandi? bila masa aku nak main guli? bila masa nk bermimpi? gentle tak da masa. sampai aku lupa hal dunia, lupa hal kawan-kawan. sbb aku tiada masa. masa tu emas katakan. :)

tp alhamdulillah. akhirnya berakhir la sudah segala kekejaman, penat lelah, semput, asthma semua yg gua kena harugi. fuhhhhhh. mcm beban angkat batu 34kg di bahu di lepas kan lalu jatuh ke bumi. heee. ni akak nak buat jualan murah kat sini. bg adik2 yg bakal masuk sem 4 ni, siapa nk beli lab report meh beli ngn akak meh. akak jual tak mahal 1 lab report 15 hinggit. hahahahah. *gelak setan* akak tahu adik2 ni confirm akan jd gila tak tentu arah lalu mencari sifu2 dan senior2 utk meraih simpati nk dpt lab report sem 4 yg free :p

weh cuti sem ni buat apa?????
err cuti sem ni duduk rumah je jd org gaji yg tak rasmi. buang tahi kucing, buang tahi arnab, bg makan haiwan peliharaan, basuh baju, sidai baju, masak, kemas rumah, menyapu. haaaaaaa. ada lagi. penat nk taip dah. bnyak sangat. huu. tp aku akan kerja di habib jewel ampang point sempena diamond festival 27 april- 2 may. mai laaa. beli emas, intan berlian berguni guni. (sempat lagi promote). okay laa, nk pergi goreng ikan jap nak bg suami dan anak-anak makan. ecehhhh. poyo je! hahhaha






Selasa, 26 Februari 2013

manusia

manusia akan berkata itu
manusia akan berkata ini
manusia akan mengumpat itu
manusia akan mengumpat ini
memang..
mulut manusia tidak boleh ditutup..
kenapa?

manusia dengki
manusia hipokrit
manusia jahat
manusia pembelot
ya, semua manusia..
manusia tidak akan pernah senang melihat kamu..
kerana manusia tidak boleh jadi seperti kamu..

ahh persetankan semua..
jadi kamu. diri kamu.
satu masa.
manusia akan SENYAP.

Isnin, 11 Februari 2013

si polan

hey. saya nak cerita kisah sebenar yang agak meluat lagi menjengkelkan pelusuk hati dan jantung. baca pelan2 dan menghayati dgn kusyukk okay? :)

suatu hari, lecturer math kita ckp kuat-kuat dgn lantang di hadapan kelas.
lecturer : "okay students, rabu ni waktu tutorial kita buat quiz math k"
students : "okay cekguu. takda hal punya. kitorang okay je"

semua acacah cool kan. padahal dah nervous, urat saraf keluar terjojol sbb quiz math punya pasal. alaa, quiz je pon. chillex skrillex sudeyy! kata kotak hati. ecehhh. nak sedap kan hati je padahal. ini semua poyoo!!! hewhewhew

setelah bertungkkus lumus daku membaca lagi mentelaah buku math selama sehari semalam. lalu pada keesokkan harinya aku, kak bel, kak zani, kak ateyn, dan kak aina (geng bas sekolah) tiba awal di kelas.
terdatang awal sbb kami pergi ambil result lab yg semalam punya di lab sebelum kelas math bermula. setelah itu, tengok jam "alaaa lambat lagi kelas math ni, baru pukul berapa" monolog ku seorg diri. tak tahu nak buat apa kami pon lepok dlm kelas dulu, kami duduk belakang sekali. tu mmg port boekkk punya group kami suka duduk. ehekk. setelah semua classmate tiba,lecturer masuk dan berkata-kata dgn riang gembira lagi ceria "test hari ni tak jadi buat eh, kita belajar je hari ni :) " . mmg best sngt laa, penat saya stay up mlm tdi. semua nya sia-sia berlaka. huuu. lalu dgn dgn serta merta tanpa memikirkan apa2 di dalam kepala, semua geng2 saya bangun berdiri tegak dan bergerak ke hadapan utk duduk di meja paling hadapan di sebabkan semua rabun2 berlaka. duduk belakang mana nak nampak lecturer tulis apa, jadi tepaksa la pindah ke hadapan utk memudahkan ilmu yg di curah menerap masuk ke dlm otak dgn mudah. itu cara nya!! :D


PADA SUATU HARI, sedang saya  melepak lepak, menyanyi mencuba vokal bukan sekadar rupa, dtg seseorg memberitahu saya informasi yg hangat lagi terkini "iqa cuba tengok tweet si polan ni, untuk awak ke?" jengjengjeng. tweet apakah itu? ooooo. ada twitter rupanya si polan ni (polan=salah seorang classmate) tak pernah tahu pon. =.= aku pon apa lagi terus selongkar habis habisan tweet si polan ni yg ada kena mengena dgn saya. sekali tettttt. aku baca mmg menyirap baqqq hang.

tweet si polan : datang awal semata nak copy notes atas meja untuk quiz.haha...patot la carry mark kowg tinggi.

tweet si polan : dok belakang sbb ngt ada quiz..tp lec nak ajar pindah depan..mmg tak boleh bla r kowang.

apa bullshit doe??? aku ingat kau baik. pijak semut tak mati. serius doe, korang kalau tengok muka dia bapak innocent acah acah angle. depan kami semua buat baik ckp baik. dekat belakang, tu diaaaaa. hipokrit nak mati. kenapa ada manusia mcm ni??? serius tak faham, kalau nak kata aku terasa dgn tweet dia ni. mmg terasa sbb kitorg je yg dtg awal dan pindah pergi depan -_____- then lagi satu, dia nmpak ke kitorg tulis note atas meja.takda kan???? sbb kitorg sumpah tak buat. takda bukti nak tuduh2 pulak.

sbb tu aku susah nak percaya dkt org, sbb ni. aku tahu, mesti ada jugak yg busuk hati mcm ni. actually banyak lagi dia kutuk saya dan kawan2 saya, terampau banyak. kalau nak cerita pon 3 jumaat pon tak habis ni. saya tak faham apa masalah dia tu dengki nak mati dgn kami semua. tak perlu kot  nak tweet mcm tu. tak puas hati ckp depan. open table. amacam?tak berani kan? yes! i know dia tak berani. lepas kitorg stalk tweet dia semua, kitorg perli dia depan2. tp dia buat muka tahi buat tak tahu mcm takda perasaan. sebab apa? takut! kecut perut! ooo. dlm twitter je berani weyh. sedih gila. hoho.

lepas kejadian tweet dia kantoi, dia terus protect tweet dia, kasi private terus, siap letak mangga kat twitter dia. takot kantoi lagi. hahhahaah. *gelak setan* kunci la ketat mcm mana pon. akan ada informer2 dan spy saya yg akan inform kat saya tweet2 dia yg mengutuk saya dan kawan2. harharhar.silap besar la weyhh.


sampai hari ni aku still tunggu kata2 maaf dari kamu wahai si polan. aku harap kau berubah. tak perlu tweet pasal kitorg..tak perlu kutuk2 belakang kitorg... carik laa idea yg bernas sikit utk tweet walaupun kau dah mati akal tak tahu nak tweet apa..haha.btw thanks sbb bg pahala free kat kami. :) peace!

Isnin, 12 November 2012

keputusan di tangan anda


hi awak! *lambai tangan*


tetibe terajin pulak nak update 2 blog dlm 1 hari. actually dah ada dlm draft. tak update update. mcm malas. biasa laa. siapa tak kenal saya yg rajin ni. hakhakhak.
9 november 2012. tahu tak tu hari apa? hari Jumaat! bagus , pandai dia. tp tahu tak hari tu hari apa? taktahu? hesh. apa yg tahu?? mkn je tahu. ish ish ish *geleng-geleng kepala*
kalau nak tahu, hari jumaat tu laa result utk pelajar diploma UITM keluar. wuuuu. cuak tak cuak tak?

di sebabkan kecuakan, kegemuruhan hati ini. tepat pukul 12 mlm aku dah terconggok depan lappy siap2 bukak mail box sbb result exam akan masuk ke mail box before di post ke student protal uitm. dok tunggu tunggu, refresh beratus kali still tak dpt jugak mail from uitm. cis! buat aku pikir bukan2 pasal result. "mesti bnyak failed, aduh takut nyaaaa" teriak hati kecil ku. teriak sngt pun tak boleh sebernanya. huhu. then lama sngt tunggu aku pun tengok laa mail2 yg sedia ada. tetiba tenmpak satu mail from uitm. dia hantar beberapa hari yg lepas.haaaaaa. pasai pa pulak ni. aku ada buat salah apa-apa ke. haish. gemuruh terus hatiku ini. tengok2 dpat mail ni.


-----------------------------------------------------------------------------------
No SuFO No Result - Semester Jun - Nov 2012

Salam dan selamat sejahtera

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak kami dapati anda masih belum melengkapkan SuFO bagi semester Jun - Nov 2012. Sila lengkapkan SuFO anda di dalam sistem i-Learn melalui Student Portal dengan kadar segera bagi mengelakkan keputusan peperiksaan anda disekat. SuFO bagi semester ini akan ditutup pada 15 November 2012 (seminggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan).
 -----------------------------------------------------------------------------------

damn laaa. rupanya aku tak lengkap kan sufo! =___= mcm mana boleh careless ni?

tahu tak sufo tu apa?
sufo tu ialah penilaian pelajar kepada pensyarah bg setiap subjek. sufo ni kena lengkap kan sebelum hari peperiksaan.bagi sesiapa tak lengkapkan sufo, result anda akan di sekat. aku dah lengkap kan dah. tapi tertinggal satu. mcm mana boleh tertinggal tah . pelik. :/  haish. result kalau kena sekat masak laaa. dan dan tu jugak aku siap kan sufo. tah dapat result ke tak tah. tidur dulu laa cita dia. tunggu esok. huu

esok pagi aku bngun pukul 7 pagi. bukak mail box. weh!! uitm hantar mail. jantung tak payah ckp laaa. dah mcm org berlari 5 kilometer sesaat. tangan menggeletar. tekan click. arghhhhhhhhh. rasa nak jerit. rasa nak nangis. rasa nak pergi peluk mak abah. kenapkah?? nah tengok sendiri.



alhamdulillah.syukur sngt kepada tuhan. saya expect bnyak failed. bnyak main. banyak dugaan yg menimpa masa sem 3. rasa nak menangis je. lepas dpt result ni terus peluk mak. 
ni semua berkat mak abah yg bnyak mendoa utk saya :') pensyarah yg bnyak membantu. thank you so much. :)



(entri ini adalah untuk saya berkongsi kegembiraan saya dgn anda semua setelah saya bertungkus lumus berusaha dan berdoa, tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia)


18/10/12

Assalamualaikum.

saya ada bg tahu kan ttg musibah yg terjadi masa sem 3 dlm entri lepas? ya, bnyak perkara yg terjadi masa sem lepas. dan tarikh ini 18 october 2012. tarikh yang aku takan lupa smpai bila-bila. 18/10/12 ialah sehari sebelum 19/10/12. iaitu sehari sebelum last paper final aku utk sem 3. iaitu paper basic soil mechanic.

4.00 pagi , 18/10/12
aku baru nak masuk tidur selepas mentelaah buku basic soil mechanic 2 out of 5 chapter. "aku nak tidur dulu. nak rehat, lagi 3 chpter tu sambung esok laa. inyaAllah sempat khatam kan semua chapter", bisik hati kecil ku.

4.30 pagi, 18/10/12
kring,kring,kring telefon berbunyi. lihat di skrin telefon. 'ABAH' . abah call pagi-pagi ni kenapa ya. *tekan punat hijau*

"hello,hello" (sunyi) pelik, abah tertekan kot. *tekat punat merah*
kring,kring,kring. abah call lagi. hati aku dah tak sedap dah.

"hello abah, abahhh" (sunyi) still takda org ckp. aduhh kenapa nii. kenapa abah call tak cakap. fon aku rosak ke.

kring,kring,kring. fon berbunyi lagi. tp bukan dri abah. akak aku yg call.

akak : iqa, abah dah call kau ke.
iqa : dah td, abah tak ckp apa-apa pun.
akak : kau tahu tak, atok dah meninggal.
iqa : weh, betul ke? *menangis*
akak : datang bilik aku sekarang!! aku nak balik melaka, jumpa atok.

aku menangis. menangis dan terus menangis. atok dah pergi selama-lama nya di jemput ilahi. yaAllah. terlalu awal kau mengambil atok daripada kami. hanya atok laa satu2 atok yg aku ada kt dunia ni. segala memori aku bersama atok terus dtg menerjah. kali terakhir aku jumpa atok ialah sewaktu hari raya tahun ni. lepas tu tak jumpa dah sbb aku dkt uitm penang. masa raya atok mesti panggil aku "iqa,iqa meh sini tolong urut atok" ahhh.. rindu nak lepak2 urut kaki atok. atok selalu panggil aku utk urut kaki dia :'( aku masih teringat masa nak salam atok kali terakhir masa jumpa atok. aku peluk dan cium atok. atok nangis. mayb atok dah tahu dan dpat rasa yg dia dah nak pergi mengadap ilahi.

6.00 pagi 18/10/12
aku terus menerus menelefon kawan2 aku utk tolong hantar aku ke melaka dari penang. tp semua tak dpt tolong sbb ramai yg ada exam hari ni. arhhhhh. i need to see atok for the last. please some one help me :'(
pukul 6 baru laa ada kawan aku yg boleh tolong hantar kan ke melaka. yaAllah terima kasih.

6.30 pagi 18/10/12
terus shoot pergi melaka dgn harapan dpt jumpa atok. aku nak peluk and cium atok sebelum majlis pengebumian. aku call mak abah supaya melambat-lambat kan majlis pengebumian. diorg kata mayb lepas zohor atok di kebumikan. yaAllah cepat laa smpai melaka. insyaAllah sempat.

12.00 tengahari 18/10/12
alhamdulillah aku dah smpai melaka. tp dgn perasaan yg hampa dan kecewa. aku terkilan sngt sbb tak sempat nak jumpa atok. atok telah di kebumikan pukul 11.30 tengahari. mak abah minta maaf sbb tak boleh nak melambatkan lgi pengebumian. dah ramai yg dtg. tak boleh tunggu. :'( dari pagi aku menangis tak henti2. aku hanya mampu sedekah kan al-fatihah dekat atok. tak da rezeki utk berjumpa atok buat kali terakhir. hmmm. aku pun sudah cukup bertuah dpt melawat pusara atok. ramai lagi cucu2 atok yg lain tak dpt dtg melaka sbb semua study dekat university jauh2.

lepas melawat pusara atok aku terus balik kampung (rumah atok) pergi dapur. nampak kerusi malas atok. aku menangis. menangis sepuas-puas nya sbb dkt kerusi ni laa atok menghabiskan masa nya setiap hari sebelum dan selepas balik dari masjid smbil tengok tv. dkt kerusi malas ni jugak laa aku habis kan waktu dgn atok sambil urut kaki dia. atok, iqa rindu atok :(

5.00 petang 18/10/12
aku, kakak aku dan kawan-kawan aku terpaksa balik semula ke penang kerana esok kami ada paper final yg terakhir sebelum cuti sem bermula.

12.00 malam 19/10/12
aku selamat smpai di uitm penang. terima kasih kepada Nabil, Firdaus dan Ilyas kerana telah membantu menghantar aku dan akak aku pulang ke kampung, Melaka. jauh tu. aku tak tahu mcm mana nak balas jasa baik korg. :')

sampai je dkt bilik aku. aku sempat selak selak buku sejam. then aku tidur. ngntok sngt. tak sempat nak habis study, tak sempat nak habiskan semua chapter.hmmm.

keesokkanya paper final soil mechanic telah bermula. susah gila soalan dia. sumpah tak tipu. dgn aku tak study nya, dgn soalan susahnya. aku hentam je semua. aku tawakal. lantak laa. kalau kena repeat2 laa. tak tahu nak buat apa lgi dah. rindu dkt atok semakin menebal. jawab exam pun terbayang2 wajah atok.
Ya Allah semoga atok di tempat kan dgn org2 yg beriman. aminn

atok telah disahkan meninggal dunia pada pukul 3.00 pagi pada tarikh 18/10/12 . kerana meghidap tekanan rendah. doktor terpaksa memberikan ubat tidur supaya tekanannya boleh stabil. atok tidak sedarkan diri beberapa hari sebelum atok pergi menghadap ilahi.




semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh atok. amin. al-Fatihah






Rabu, 24 Oktober 2012

Hi blogg!


hi blogggggg!
terasa mcm baru saja diri ini menekan button sign up to blogger dan terasa sangatlah kekok utk berkata-kata.AHHH! tidakkkkkk!
agak lama jugaklah saya tak menyinggah utk bermanja-manja dgn blog saya ni.dah berhabuk-habuk pun. FUUUUUHHHH (tiup habuk). uhuk uhuk uhuk *tertelan habuk*
ah kesian dia,mesti dia ingat saya telah curang terhadap dia. :( wuwuwuwu. takpe, saya di sini sudah kembali ke pengakuan kamu, ingin memberi kasih sayang kepada kamu dan mengembalikan nostalgia lama kita dulu wahai blog yg ku cintai.
ahaksss geli pulak aku nak menaip ni tadi. berjiwang kemain lagi haih. hahahah

saya ingin meminta maaf kepada kamu semua, mesti dah rindu-rinduan kan kat kita sbb dah lama tak update blog. hahahah. perasannya kau,takda siapa nak rindu kamu haa. wuuuu. sedihnya diriku ini.
di kotak katik kan seperti ini. :'( ecehh.padahal salah aku yg malas nak update blog. korang pulak di persalahkan. kejam betul. huhu. rasanya hampir sedekad jugak laa aku tak mai sini. perhh bahasa pineng dah kluaqq dah.
:) rasanya last aku update blog before masuk sem 3, yakni pada bulan 6 lepas. skrg dah akhir bulan 10 woi. apakah? pemalas nya iqa ni. tak guna betul.*ketuk dahi* huuu. ye saya bersalah. jgn laa pandang mcm tu. :[
last aku update sebelum masuk sem 3. now sem 3 dah habis. bapak laa. baru ku sedar selama satu sem tu aku tak pernah update apa-apa. kalau rasa kalau blogg nii bernyawa, aku rasa dah menangis melalak-lalak dah sbb aku tak jenguk dia.
apakan daya, kesibukan melanda diri ini tidak memberi peluang kepada saya utk menjinakkan momo, haiwan peliharaan saya ini. *sejak bila aku sama kan benda ni dgn haiwan peliharaan?* =.= k tak penting.

sebernanya saya telah tamatkan semester 3 saya pada jumaat lepas. setelah bnyak cabaran yg telah kutempuhi selama sem lepas. akhirnya cuti semestar kembali berleluasa. wooooohhhhh. baru kurasa dunia ni aku yg punya. hahah. dah cukup gila aku pegang buku mengadap buku selama 4 bulan pada semestar lepas. eheh. padahal nak tunjuk yg aku ni konon nya rajin. padahal ya ampun pemalas nyaa , heee :D
semestar lepas ialah semester paling mencabar buat aku. sumpah tak tipu. nak tahu tak paper final aku ada berapa. cuba tekaaaaaa! :) tetttt! betul jawapan nya 7 paper final! woi gila apa kau. semua subjek ada final. sumpahh mati wa ckp. actually paper final aku ada 6 je (english,agama,calculus2,solid mechanis,soil mechanics,computer programming)
aku tak tahu laa siapa yg memandai mandai tambah extra lg satu paper 6+1=7 . iaitu paper civil engineering material. nak suruh student gila ke apa. 6 paper pun dah mencanak nak mati. ini kan pula 7 paper. -.- dah laa paper yg ni penuh dgn ayat. kena menghafal. sumpah aku tak pernah gemar dlm penghafalan. otakku sngt lmbt utk menghafal.kalau bg nombor pantas dan lantas otak ku bergerak.
korang sendiri dah tahu kan itu kelamahan saya? dah tahu, bagus!

apa-apa pun alhamdulillah sbb segala nya berjalan lancar. dah habis dah pun semster 3. yahooooo!! btw saya nak ucapkan selamat bercuti kepada semua student diploma UITM yg sedang bercuti skrg ni. jgn lupa pulak result final keluar 9 November 2012. haaaa cuak cuak. hahah. spoil gila aku ni kan dok ingat kan pasal result. hahah.
anyway have a nice day! ;)

sincerely : IQAMALIK

pic ini diambil di kolej pada hari terakhir semester 3. :'D

Jumaat, 27 Julai 2012

Its killing me!

ohh mann.. seriously . i'm gonna die . its really ffff killing me. -> ni gaya mcm dah parah gila dah. hahha.

sumpah weh. aku seminggu tak tidur kau tahu. aku cuma having a nap at 5.00 a.m - 7.00 a.m . apa kejadah ni? macam mana kau boleh tahan? kau tak mengantok ke? kau buat apa doe? serius kau dah boleh pergi tido kot. bertubi tubi soalan menimpa diri ku ini. haiya.

aku takkan jadi mcm ni kalau tak disebabkan aku ada test selama 3 hari berturut-turut. and all the subject killerrrr punya kaw kaw. gentle habaq. huhu.

okay this is my schedule

rabu - CTU (sains & teknologi islam)
khamis - ECS (basic solid mechanic)
jumaat - ECG (basic soil mechanic)

hailaa. no wonder laaa. lepas ni jangan kau terkejut lak jumpa aku sebab nampak aku dah mcm nyawa nyawa ikan dah  , muka toya plus mata mcm panda plus muka ala ala mintak kaki kan. aku tak tidur mlm , stay up bagai sbb aku nak dpt full marks and merangkol semua carrymark. haha. aku sanggup. aku dah mcm takda life dah weh, habis kelas bukak buku, mkn tengok buku, jalan celah-celah mana pun pegang buku. aku kena pulun gila gila sbb aku tak bijak mcm awk :)

tapiii aku paling tak puas hati, ECG punya soalan tahap bibaa punya susah lecturer aku buat. lecturer lain buat senang je. sumpah tak fair doe. kelas lain rilekss punya jawab sambil menutup mata. smpai kat aku mencanak aku jawab dgn tak cukup masa nya. haish. dah laa lecturer aku tu lecturer baru. dah boleh buat soalan yg simple simple kot *nangis* huuu. takpe, aku tawakal je. aku serah dkt tuhan. aku dah usaha, aku dah berdoa :')

btw saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadham al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana. jom lawan dgn kita siapa dapat puasa penuh tahun ni. ^^,






kenapa takda orang jual mercun kat malaysia ni??? puas dah carik. mercun poppop je ada. haish.