iqa malik's stalker

Isnin, 25 Jun 2012

pagar besi

hai saya tetibe terajin nya nak update blog. sebernanya malas. serius malas. okay laa . smpai di sini jela kita berjumpa. bye.. ecehhh. mesti tension je. rasa mcm, eii sia sia je baca dari tadi. takda thesis statement , isi2 penting semua takda. menyampah laa. tutup blog ni 10 saat. huuu. kantoi laa tu bukak balik :p hahah. apa benda laa saya mengarot ni di pagi2 hari.

okay, saya sebernanya nak bg tahu yg saya dah takda gigi. hakhak. mesti dlm hati korg ckp "taknak tahu pun" k foine, takpe. nak bagi tahu jugak. tak kira! *kelip kelip mata* sebernanya iqa sepatut nya kena pakai pagar besi ni sejak umur darjah 6 lagi. (haaa. terkejut kau tetibe masuk isi penting :P) tunggu giliran laa punya pasal. biasa laa buat dkt kerajaan kan. baru skrg dpt buat. skrg umur dah brapa? 19 wokk. sekejap kan? bayangkan brapa lama aku terseksa. hakhak. terseksa laa sngt =.= saya nk pakai pagar besi ni pun sbb saya telah di hina , di caci dgn gigi saya yg comel ni. okay. ramai kutuk2 ckp gigi arnab. huuu sedih. tapi nk buat mcm mana. tumbuh mcm ni kan. dah dah. malas nk layan emosi. kejap lagi menangis tak pasal je. huu

sebelum pemasangan besi konkrit. 

nak pasang benda ni bukan senang tau. bnyak gila step. first kena x-ray kepala. wuuuu. x-ray kepala. takut tu. huu. alaa. takda pape pun. rasa mcm kena cucuk2 dgn besi dkt otak je. hahah. *tipu.
x-ray just nk tengok laa gigi tu mcm mana rupa dia kan. mcm siput sedot punya gigi ke mcm mana. (siput sedot ada gigi eh? )

tengok gigi depan iqa dah tak rupa gigi dah. gigi ke apa tu ? *konfius

then lepas x-ray kena buat acuan gigi pulak. hesh bnyak nya step. tak jadi laa nk buat braces! =..= cehhh, alaa. buat acuan ni senang je. nganga2. then siap. magic kan? o.o hoho. acuan ni pulak utk doktor buat research and study gigi kita. mana tahu ada gigi2 yg sesat kan. nnti senang laa doktor nk buang.lepas tu, tengok2 gigi iqa mmg kena buang. 2 batang gigi geraham pulak tu.

15 may 2012 . gigi geraham belah kanan kena cabut. perhhh bayang kan rasa dia mcm mana. sumpah laa rasa mcm takda gigi. mmg laa dah takda gigi kan. tapi rasa dia satu mulut kot. rasa mcm gigi semua kena sedot dgn vacumm cleaner. =.= nk tidur ckp semua tak boleh. mkn lagi laa tak payah ckp. kirim salam laa. baik korg puasa je. huhu. mula2 doktor nak buang gigi2 tu semua serentak. then saya merayu2 buat muka sedih ckp taknak taknak! eceh padahal tak pun. doktot suruh buang satu satu dulu. yela. mahu tak mati katak kalau serentak kanan kiri gigi geraham kena buang. mmg kebulur laa cerita dia.

23 may 2012. next week nya. gigi geraham belah kiri pulak kena cabut. siapa ckp tak sakit? rasa dia perhhh. tapi tak sehebat masa mula2 cabut gigi kanan tu. mayb sbb dah pernah ada pengalaman hitam kena cabut gigi geraham kan. then tak parah sngt laa rasa dia. tengok ! dah ngongak dah takda 2 gigi. comel kan? =.=

ni acuan gigi. eii gigi ke apa entah rupa mcm ni. disaster gila. hikhik. yg pangkah2 tu gigi iqa yg kena buang. dah takda gigi dahh skrg. *sedihh. huuu

1 jun 2012. jeng jeng jeng. ni laaa kemuncak nya. pemasangan pagar pagar besi memagari gigi. wuuuuuuu. cuak dia bukan main kepalang. rasa macaaammm..... habis laa aku kali ni. mmg balik merangkak rangkak laa sbb gigi sakit. huu. hyperbola melampau. padahal, rilek je kot pasang besi. doktor letak gam, pastu lekat kan besi . mcm tu je? alaa. simple nye. haha. bukan main berlagak. sebelum pasang rasa nak mati kan, lepas dah pasang bukan main lagi. tp lepas pasang tu rasa mcm tak selesa laa. mcm ada bnda asing melekat kat gigi. rasa mcm nak tanggalkan je kan. lepas pakai ni mkn semua kena pantang . tak best laa mcm ni. iqa dah laa mkn bnyak. melahap segala bnda. lepas ni bubur jelaa menjadi sajian hari2 anda. huuu. tapi! iqa first day pakai sudah telan nasi , ketam goreng apa bagai. perhh bukan main. hakhak. nafsu mkn kuat sngt . :)

ni dah masuk 4 minggu iqa pakai braces, alhamdulillah iqa tak kena ulser pun. wahhhh teruja tak ?? ^^ yelaa. slalu nya org yg pakai braces mesti kena ulser kan. cuma gigi depan iqa still sakit lagi laa. tak boleh gigit. ckp pun tak pelat. cuma pelat sikit. tapi rasa nya mcm tak. tak kott.barangkali. heee. *mcm hindu

lepas pemasangan. getah warna kuning. dah mcm tahi gigi bertempek tempek. huu

1 ulasan: