iqa malik's stalker

Rabu, 30 Mei 2012

Rainbow Cake

Hi geng! Ecehh geng gitu. Sorry aku bukan geng kau. Aku geng bas skolah je. Hakhak. Ok tak lawak -.- saya sebernanya dengan bangga lagi bongkak nya ingin mengisytiharkan bahawa cuti sem telah bermula selama 2 bulan. Hakhak. *muka bangga* walaweh, padahal cuti lagi seminggu je tinggal seblum semester baru bermula. Baru hari ni aku terasa mcm nak bg tahu kepada warga bangaldesh di Jakarta. 

Maaf yaa, saya tidak ada masa utk meluangkan masa di sini kerana saya menyibukkan diri menjadi org gaji yg tidak bertauliah di rmh sendiri. Huuu . betul laa, aku sibuk kemas rmh, masak semua jd mcm bibik kan. Kesian tak? Tak kesian kan? Ok bye. Huu. 

Memandangkan saya ni org gaji kata nya, saya dan kakak saya telah membuat sebuah kek. Fuyoooo, kek apakah? Alaaa kek cantik tapi tak sedap tuh. Hee. Rainbow cake. Tahu tak? Okay kejap lagi saya tunjuk kan resepi nya. Kek ni tak susah pun nak buat. Just leceh laaa nak kena baked satu2 memandangkan ia nya mempunyai warna warna yg berbeza.

Lihat lah hasilnya. Mcm wow! Lawa gila aku buat. (Perasan) hukhuk. Sebernanya yg bancuh apa bagai , buat krim semua bukan aku. Kakak aku. Saja je , nak nama jugak. Hee. Aku pun ada laa menyumbangkan sedikit usaha dengan MEMBINA dan menghiasnya sehingga menjadi rupa seperti kek. Power kan? :D 


Sorry kek tak berapa nak kemas sngt sbb tidak cukup perkakas utk menjadikan rupa nya seperti kek secret recipe. 

Eh dgr cerita ada suara2 sengau yg ckp kat belakang mengatakan kek ni kek tipu bukan kami yg buat. Kata nya gmbr google. Eh baik sikit kau nyah! Aku yg tukang ambil gmbr nih, google image jabir kau!! Opss. Imosi terlebih . Huuu. Kepada kawan-kawan yg dpt rasa kek ni diorg tahu laa yg kek ni kek betul. Maaf kepada yg tak dpt rasa sbb tak cukup. :’)




RESEPI KEK PELANGI

Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 2 tsp serbuk koko
  • sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-cara

  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.
  6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan