iqa malik's stalker

Ahad, 15 April 2012

site visit at langkawi 2

Okay sambungan cerita semalam. Nak tahu tak? Apa? Taknak tahu? Foine foine. Aku merajuk 15 saat -.- huuu. Dah dah. Jgn nak tergedik. Hee. Okay. bg siapa yg tak tahu, post ni ialah smbungan dari post aku yg semalam site visit at langkawi 1. Hari ni punya post aku nk story morry skit pasal hari kedua site visit aku di langkawi.  Cehh! Berangan gaya ada je org nk baca je penulisan ringkas aku ni.

Aktiviti hari ni bermula pada pukul 8 pagi kot. Kot la. Kurang ingt laa. Tu la siapa suruh cerita 2 bulan lepas punya cerita hari ni baru rajin nak bukak cerita. Okay salah aku :( just assume la pukul 8 start, tau tau. Hee. So kitorg pun bngun pukul 7.30. nmpak tak ciri-ciri seorg wanita kat situ? Bapak pemalas la semua nk bngun. Bilik aku 5 org. tp masing masing menyorok kn diri dlm selimut tak nak mandi first punya pasal. Mahu tak nya mlm tu dkt pukul 3 baru tido, bergosship!. Do you espect yg ktorg akan tidur awal tepat pukul 9 ke kalau dah dkt Negara org ni? Mmg tak laa. Aku akan menghargai setiap detik yg ada,setiap ruang yg ada ^^ cop cop, td ada aku ckp aku di  Negara org ke? Tehee. Berangan nak mati. Kembali ke isi penting, last last aku laa yg jd hero menyelamatkan keadaan dgn menjadi org pertama yg masuk ke dlm bilik air. Wooooo. Sep sikit. Tu pun sbb aku mempunyai kesedaraan yg aku ni siap lambat mcm perempuan. Hahha. (aku jantan sebernanya -.-) dah siap mandi semua aku pakai baju dan sarung kan seluar treck suit. Ulang semula, treck suit. Sumpah doe aku ckp ,tak pernah lagi aku pergi Negara org pakai seluar treck suit ni, dah la kalau berjalan seluar ni akan berlaga sesame sendiri dan menghasilkan bunyik plastic yg annoying. Fyi, aku tak pernah ada treck suit sejak dewasa ini. Itu pun pinjam dkt org. hahah. :)

pakaian aku selama di langkawi ini adalah treck suit dan shirt memandang kn semua aktiviti berkaitan dgn air. Jgn harap la aku nk pkai seluar jeans bagai. Nk kering kan tak pasal2 kena tunggu sebulan utk memastikan jeans betul2 kering. Tak snggup aku . huuu

destinasi pertama kitorg ialah gua kelawar. Nk pergi gua kelawar ni bukan senang tau. Kena berenang meredah onak duri dan ombak di pantai. Bayangkan! Hahah. K tipu, kitorg naik boat la for sure. Smpai gua kelawar tu bapak jakun laa semua tengok kelawar tengah tidur. Siot punya kelawar, tak tahu ke kitorg dtg jauh2 semata-mata nk tengok beliau. Boleh pulak ia nya tidur dgn lena. Lol. Kau gelak apa? Kelawar kn berjaga mlm, siang ia nya tidur. Oh yeke? ! heheh. Dlm gua kelawar ni gelap gulita, jln pun suluh2 pakai lampu hanset. Nasib baik hanset aku ada torch light. Siapa yg pkai hanset mahal2 tu nasib laa, siapa suruh pakai hanset mahal, kan tak berguna kalau perkara sebegini berlaku :P motif kitorg masuk gua ni pun bkn sbb nk melawat atok nenek cucu kelawar, kitorg nk melihat dan belajar bgaimana gua terjadi, bagaimana stalactite and stalagmite terjadi. Gua sebernanya terbentuk dari batu kapur. Dissolution of calcite is responsible for creating limestone cavern. Mineral that involve in dissolution is carbonate mineral, calcite and dolomite. Nampak tak? Secara tidak langsung korang mendapat sedikit ilmu melalui pembacaan blog iqa malik ni. Hee


contoh stalactite and stalagmite

siot punya kelawar. Org dah siap2 suluh, mereka tidak bangun. Penat je kejut. Huu

siapa yg takut gelap jgn masuk dlm gua ni. dikhuatiri korg tak jumpa jln keluar . Haha. Tu makcik dgn pakcik kat belakang tu tngh dating dlm gua kelawar. Comel je  :D (sorry ezzaryn, aku tertangkap gmbr dgn kau kau skali)


 skrg kitorg berada di klim geoforest park yang mempunyai keindahan flora dan fauna.

abg yg bawak bot ni nak interframe jugak kat belakang tu. Jgn main gila.
kenapa pipi aku tetiba bulat seperti apple? --"

take note, this is sedimentary rock. The appearance was changed because weathering of water .

 kat sini adalah sempadan antara Negara Malaysia and Thailand. Smpai je sini, you should check ur fon,korg akan dpt berlambak-lambak msj masuk smapai tak menyempat nak baca . msj “welcome to Thailand and bla bla bla “ sbb korg dah pun masuk kawasan Thailand. Teruja tak?? :D

 aku suka gila dkt kawasan ni, sbb cantik. Then aku terasa diri seperti berada di mexico. Hahha

kat sini ada bnyak kapal2 yg tersidai dan semua nya utk dijual. Aku ada la borak dgn abg yg pandu boat kitorg ni “berapa harga kapal semua ni bang?” then dia jawab “tak mahal, murah je” perhh aku dah berangan dah nk beli satu. Murah katanya. “berapa murah tu ?” , “tak lebih dari sejuta” . cis! =.= berpinar pinar mata aku dgr tak lebih dari sejuta, means hampir-hampir sejuta la kan. Terpaksa laa aku membatalkan hasyrat utk memiliki nya satu, baru nak eksyen konon ada kapal mcm titanic. Huuu

nama kapal ni ialah panta rhei. Kalau korg perasan kapal ni ada dlm cerita ombak rindu dimana aron aziz dan maya Karin berlakun semasa adegan mereka bersantai, bermesra, berkelah dkt atas ni. Excited doe aku jumpa kapal yg ada dlm cerita femes tu. Baru aku tahu, ooo kat sini rupa nya diorg berlakun. Haha. Dungu! Org lain semua dah tahu, aku je yg lambat, :’)


tengok gmbr ni. Nmpak tak splash of water yg membuktikan kan kelajuan boat yg abg tu bawak. Wa ckp. Aku dah la duduk blakang sekali. Rasa mcm nk tercampak je aku dari boat ni, melayang layang tubuh aku kau tahu, dah la aku ringan, duduk pulak dkt blakang skali. Kalau aku tercampak mesti org tak perasan kan   
-___-  cis.

 Keindahan flora dan fauna

Then lepas habis semua aktiviti lawatan, ptg tu kitorg blik motel. Tak tahu nk buat apa. Kitorg plan la nak jalan jalan smbil mandi dkt pantai. Pantai blakang motel je. Kat sini jgn terkejut la kalau kau nmpak bob marley bersepah sana sini. Aku ingt kan mmg betul bob marley, sekali sudah ckp bahasa melayu lah satu kali. Haha. Diorg tu sebernanya org melayu. Tp duduk dkt langkawi ni lama sangat smpai bertukar menjadi bob marley, kulit gelap, rambut gimbal atau lazimnya disebut "dreadlocks" 

sebijik mcm ni. sumpah tak tipu. mmg style org pulau langkawi mcm ni erk? 

Kat pantai ni mcm2 ada. Kau nak naik payung terjun ke, kau nk berenang ke,kau naik banana boat ke. Suka hati. Memandang kan aku tak pernah naik banana boat, jadi aku dan rakan2 telah mengisytiharkan diri utk menaiki boat pisang. Hee. Walaweh, seronok sakan kau tahu. Aku siap melompat-lompat atas tu, pastu menukarkan diri drpd menghadap hadapan betukar menghadap ke belakang, adventure sikit kan. pastu siap berjalan2 atas tu lgi. Haha. (yg ni tipu)

coolio doe naik ni, terasa seperti berterbangan di udara bersama-sama burung helang. huu. harga nya rm60.

bot pisang :)



Nmpak tak ke jakunan aku kt situ. Aku yg berada di center of the gravity. Heheh. Kt tengah2 tu .

Malam tu pulak kitorg ramai2 buat BBQ. Bbq buat dkt chalet sebelah memandangkan motel kitorg yg mahal ni takda kemudahan. Terpaksa la berjalan meredah pantai pasir semata2 nk pergi bbq dkt sblah. Habis riuh lah chalet tu aku ckp. Penuh dgn pelajar asing yg sesat masak bbq dkt sana, selamber saja :D

waish. kelebaran mulut yg melampau. haha

Fuhhh, berpeluh bang masak katak. :)  haahha. Tak laa, itu sotong. Taktahu la knapa aku Nampak rupanya seperti katak -.-

Kitorg pun siap buat unggun api kau tahu. Wajib buat, baru rasa mcm meriah sikit. :)

bersama Diane Ann Johnny. si sabahan :)

bersama eja. gmbr ni lawak je, semua kalau boleh semua nk mencelah celah dkt belakang. hakhak

Lepas mkn semua classmate aku buat game, kotak beracun. Tahu tak  mcm mana nak main? Mcm ni, duduk dlm bulatan, passing kotak beracun yg mempunyai racun(denda) smbil lagu di mainkan. Kalau lagu stop, kau pulak yg tengah pegang, nahhh! Habis lah kau kne buat apa bnda yg kotak beracun tu suruh. mcm main music chair. cis! Aku pling tak suka game ni. Kalau smpai je kotak kat tangan aku, mesti immediately aku akan baling kotak tu sbb takut kna buat bnda mengarut. Ada yg kene jd penyu laa, tarzan laa, taknak aku. Huuu

Tapi nasib tidak pernah menyebelahi saya . -.- si mat yen kena kotak beracun, then dia punya denda ialah, beliau harus menari dan mencari seorang partner utk menari skali. Sekali dia sudah pilih saya lah jd partner. Apakah ? -.- aku taknak! Tapi semua org sokong.Aku rasa mcm kena bala yg dasyat menimpa diriku ini. Siot betol mat yen. nnti kau aku balas dendam. haha. 

Tengok la apa aku buat. Aku tengah menari zapin sebernanya, siap bukak kekuda dan membuka langkah utk bersilat. Huuuu

no papparazi please. hee. mata aku tak boleh bukak sbb cahaya flash menguasi diriku ini. huu
Lepas habis segala game kotak beracun ni, kitorg terus pulang ke motel.
 Fuhhh. Hari yg memenatkan.


to be continued.....

Aku terpaksa menghabis kan masa beberapa jam hanya utk memilih dan mengedit gambar daripada jutaan gmbr. What the M? -.-



Sabtu, 14 April 2012

Site visit at langkawi 1

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tajuk post hari ni kenapa ada 1? okay means akan ada post utk II dan III. Bersedia lah korng. haha. actually aku bukan saja gedik gedik nak buat post smpai enam belas kan. Aku nak devide and seperates all the post between the days. nnti aku taknak laa korang ckp “hey derr apa ni post berjelar-jelar bagai nak rak, mencanak laa aku nak baca, tak kuasa mak, nyah! “ then korng terus tutup blog aku tanpa menunggu isyarat dari kepala -.- Okay. Sangat tidak cool begitu.

Post ni akan ada III episode tau.heheh so its means percutian kali ini ialah 3 hari. Eceh, gaya aku pergi bercuti dkt paris nk kene buat post bnyak2. :) Padahal langkawi je pun. Langkawi je kot. Apa nak heran. Hahah. Takpe. Aku nak jugak cerita pasal langkawi. Kalau nak tahu aku pergi langkawi ni ikot rombongan kelas. Bukan rombongan cek kiah yg penuh dgn gossip tu tau. Ini site visit ke langkawi untuk subjek geology. Masa ni laa korang nak rasa pergi site site view utk kaji batu kononnya ahli geologist yg berpengalaman. Ahaks, apadahal kan, aku ni batu batu pun tak kenal lagi. Apa benda igneous rock? Apa benda sedimentary rock? apa benda metamorphic rock? Go search at google :D aku sebernanya tak suka subjek geology ni. Sbb penuh dgn ayat. 100% menghafal -.- dah la otak saya sngt lembab utk menerima sesuatu fakta. Tp sbb kan ada trip ni, membuat kn subjek geology sngt awesome. Tp hanya utk site visit ni je la. Hehhe

Site visit ni aku pergi bulan February hari tu, hari ni baru rajin nak update. Nampak tak kerajinan aku dkt situ? LOL. okay, Start perjalanan dgn menaiki bas uitm ke jeti kuah selama beberapa jam. Then naik feri selama sejam baru sampai di langkawi. Wooooo. Sebernanya aku dah bosan pergi langkawi ni. kemain bongkak nya kau -.- Mahu tak nya setiap kali LIMA di langkawi mesti pergi langkawi dgn family, then pernah ikot trip skolah dulu. Takpe, skrg  dgn budak2 U, mesti pengalamannya lain kan. kalau tak pergi tak dpt markah utk final pulak. mesti pergi! yeah!

ni jadual perlepasan utk feri2 jeti kuah, ktorg punya feri Frontier 6 berlepas pukul 12 tengah hari. memandang kn kitorg smpai kt kuah 2 jam awal. terpaksa lah duduk tercongok tunggu feri dtg -.-

nah ! itu dia new frontiers 6. canggih betul nama . *jakun

Feri yg tersergam indah. Bg sesiapa yg sedar bahawa diri seorang yg mabuk laut silalah sediakan baldi merah dan letakkan di sebelah.

Look like semua berebut-rebut nak cop tempat dlm feri tu especially dkt tepi tingkap, sudah menjadi satu kemestian supaya dpt menghayati alunan ombak membelah pantai. Haha.
kalau nk tahu trip ni hampir 60 student dgn lecturer. so mmg hebat laa kitorg buat feri ni mcm kitorg yg punya. :P

suka gmbr che'ah yg ni. acah-acah mcm dkt overseas je gaya nya kau.  :)

pemandangan dari dlm feri. cool tak cool.

muka yg sngt penat sbb tak cukup tidur . ni semua gara-gara excited melampau nak pergi langkawi . hikhik

welcome to langkwi! jyeah!


Lepas smpai je langkawi kitorg terus pergi ke tempat penginapan utk letak bagasi, bilik dia sngt awesome gila. Harga RM100 per night. Imagine how the room looks like -.- takpe bajet 2012 punya pasal saya tak kesah. Tehee. Then kitorg pergi jeti apa tah nama utk naiki boat utk ke tasik dayang bunting.


view dkt jeti-unknown-name (tak ingat apa nama)

excuse me guys. saya pakai shade, topi bagai bukan sbb I nak jd datin-wanna be , bukan sbb I nk jd org sakai ever or someone else. I pakai mcm ni sbb I nk melindungi kulit daripada sinaran matahari. yela kita 24 jam terpacak dkt bawah matahari, mmg tak hitam kan kulit kan. dah la dkt langkawi cuaca tersangat terik. so watch out your mouth. kan terover dah aku. sorry emo skit. biasa laa, org tengok I selekeh skit je nak mengata ngata. sorry laa. --"

nampak saya seperti gemuk la masa ni -.-


view dari atas bot. wahh. sngat indah ciptaan tuhan. dgn air jenih, pulau menghijau. membuat kan aku rasa seperti mahu terus terjun ke dlm laut. 



laju gila weh pakcik pakcik semua bawak boat, gaya mcm nak berlumba di atas litar F1. aku risau boat terbalik je. kalau terbalik bukan aku selamat kn diri aku. aku selamat kn barang2 aku dulu. hahah 

aku snggup duduk depan sekali semata-mata nk dpt kn gambar yg terbaik :)

yg pakai shade ni lecturer geology saya. how tak howt kan. :) dia belum kawin lagi tau. hee

.tasik dayang bunting. here we are. :) dayang bunting ni kalau tengok dari jauh nmpak seperti ibu mengandung sedang terbaring. kalau nk tahu dayang bunting ni ada sejarah nya sendiri.

Keep langkawi island clean please. Okay kat sini ada bnyak monyet, monyet kt sini semua rakus2. Pantang Nampak manusia pegang plastic beg habis dia sambar. So tak heran laa kalau dgr perempuan dok terjerit jerit dkt tasik dayang bunting. Automatic akan tahu dkt situ mesti ada monyet. So watch out. haha

Jgn lepas kan peluang utk mandi dkt tasik dayang bunting yg mempunyai kedalaman nya sngt dlm kalau tidak anda seorang yang sngt rugi. :) then you should use a life jacket bila mandi di tasik dyang bunting utk mengelakkan you lemas. Tp aku tengok budak laki semua tak pakai apa2, semua main terjun je. Yg reti berenang boleh laa buat mcm tu. Tengok diorg mandi dah buat aku sngt teruja dan apa lagi aku terus terjun tanpa menggunakan pelampung katak. Ahak, konon reti berenang laa. Itu pun aku swim swim, then berpaut dkt tebing. Then swim lagi. Baru la tak tenggelam. Hakhak, cara yg bernas  -.- lagi satu, bg mak cik2 yg belum dpt anak sejak kahwin 5 tahun lalu. Anda harus minum air dari tasik dayang bunting. insyaAllah dpt anak. Tak tahu la betul ke tak. Org zaman dulu laa yg ckp.

ni la dia tasik dayang bunting. dkt belakang tu laa semua org duk berenang renang mengejar satu sama lain

Lepas tu, kitorg pergi tengok helang. Wooo excited weh tengok helang berlonggok longgok dkt angkasa. Pastu pakcik yg pandu boat baling ketulan ayam dkt atas air, cepat je helang yg berada di angkasa tu turun dan sambar, padahal ketulan ayam tu kecik je. So eagle eyes o.O

Lalu perjalanan di teruskan, pergi ke pulau beras, dkt sini siapa yg nak mandi , main air, bina istana pasir, main lari2 or nak dating with couple sila berbuat demikian sbb pemandangan dia sngt cantik. Air jernih lagi biru.
tapi aku sibuk main benda ni. bergayut gayut dkt pokok. rasa seperti diri seorang tarzan. auwwww

Masa otw nak balik aku jumpa cruise. Sngt besar weh. Cantik pulak tu. Rasa mcm nak masuk je main nyorok-nyorok dlm tu. Confirm sesat 15 hari. Katanya cruise ni terbelengkalai dkt situ sbb rosak dan sedang di baik pulih kn sblum meneruskn perjalanan.








 besar kan. cantik pulak tu . *tersangat teruja


Dkt pukul 5 kitorng smpai dkt motel, semua terus terlentang atas katil sbb penat main air punya pasal dan penat mengkaji batu. then aktiviti lepas tu sendiri punya jadual. suka hati nak buat apa.


to be continued......

Khamis, 5 April 2012

kanak kanak tadika!

Duduk termenung di atas katil membuat kan otak aku ligat berpusing dan memaksa otak berkerah melakukankan kerja utk mengingati semula kisah lampau yg dah berkurun berlaku.  Memori 13 tahun dahulu datang menerjah dgn terpaksa. Ecehh, aku ni cerita lagak mcm penulis novel yg tidak bertauliah. hikhik.

Okay seriously, 13 years  ago means that I was a kindergarten kids yang masih berlari lari smbil hingus hijau meleleh leleh tanpa dibendung. Ewwww. Hingus tu tak laa. Hahah. Okay 6 tahun weh. Masa ni budak tak cukup umur baru dpt kaki , baru kenal dunia luar, baru nak kenal siapa itu guru, baru nak kenal mcm mana duduk dlm kelas dan belajar. belajar ke?  Pergi tadika siap kena warning dgn cikgu kelas ada la. Cikgu mengadu dkt kakak aku “afifah, adik awak ni bawak mainan dkt tadika” ehek,  smpai mak abah pun tahu. normal la kan. Budak tadika biasa laa. Dah boleh bawak bertenang dah cikgu. Huuu.

But the main of the story yang aku nak cerita ialah tentang susuk badan aku yang ketika ini seperti mayat hidup yang berlegar legar di muka bumi. Huu bayangkan. berat masa ni anggaran 20 kg, kurus gilaaa. Jalan pun melayang layang apabila angin sepoi sepoi bahasa menerpa. Tak tahu laa kenapa rupa masa tu teramat lah dasyat, makan bnyak mcm mana pun badan tak naik naik. Bela cacing dlm perut eh kau?? Erk. Barangkali =.=  Menternak cacing kan. Huuuu.

Okay then one night aku tidur dkt atas katil. Masa ini kalau nak tidur aku terpaksa memanjat utk naik ke atas katil memandang kan saiz badan aku mcm tu kan, nmpak katil pun mcm wooo besar gila, tinggi pulak tu. Tp mmg pun tinggi katil tu, sbb katil diperbuat dr kayu jati zaman 80 an punya. Besar dia tak payah ckp laa. (Acah acah katil dkt istana). Hekhek. 

Mlm tu tido punya lah enak, siap di buai mimpi yg indah. Tetiba “bedebuk” . bunyik seperti nangka busuk jatuh mencium bumi. Tahu tahu aku dah terbaring dkt atas lantai. Baru aku sedar yang aku jatuh dari katil rupa nya -.- kakak aku yg tidur dkt sebelah aku td pun terbangun dgn tidak sengaja lalu dgn pantas lagi lekas terus  mengangkat aku. Mimpi ke aku ni ? esok tu ponteng tadika buat pertama kali nya. Sebab apa? Sbb tangan kiri aku tak boleh bergerak gara gara jatuh katil mlm td. Serius ckp rasa mcm hilang tangan sebelah pun ada sbb takda deria rasa yg bertindak ke atas tngn kiri aku. Mak balik dr kerja terus Tanya "kenapa tak pergi tadika hari ni iqa?" bibik la yg bg tahu ni . hesh. Kasi kantoi laa. “tangan kiri tak boleh gerak lah mak, jatuh katil, akak yang tolak” tehee , idea budak tadika yg cuba nak berselindung dari kesalahan sendiri, takut mak marah. Haha. Padahal aku yg menjatuh kan diri sendiri. Akak aku pun membantah laa nak membela diri yg tidak bersalah. Mmg tak bersalah pun. Aku je suka hati ckp mcm tu. Jahat tak aku? Tak kan? Nakal sikit je, hehe,

Mlm tu mak abah bawak pergi hospital ampang puteri, aku pun tak pasti la tangan aku ni patah ke apa sebernanya. Rasa nya tulang dekat bahu aku lari sikit. Sbb masa jatuh tu, bahu yang mencium lantai dulu. Lepas kne x-ray apa bagai, doctor pakai kan aku kain tiga segi ikat dkt leher utk gantung tangan. Tak cool okay pakai bnda ni. Macam parah sngt pulak kan. (taknak mengaku yg tgn tu dah patah) -.- hehe.  tapi mmg parah pun , sbb bahu kiri lari skit tak sama mcm bahu kanan. Aku menginap dkt hospital semalaman je, esok tu dah boleh keluar dah. Tak parah kan? Haha. Tp aku tak nak balik rmh, takut adik aku yg nakal tu kacau. Karang tak pasal pasal terus takda tngn. Jd cubaan utk melarikan diri dari situasi ni dgn cara meminta mak abah menginzinkan aku duduk di kmpg buat sementara. Mak abah pun setuju dan terus hantar blik kmpg dkt Melaka, kat sana singgah sekejap dkt rmh tukang urut tradisional. Terus baik kot aku pakcik tu urut. Dah laa ramai gila org berubat dgn dia.

Seminggu berlalu, aku tidak ke tadika, masih di Melaka. Bosan gila duduk sana takda kawan. Asyik main dgn pak cik  dan makcik aku je kerja. Tu laa, menggatal sngt mengsyorkan diri  nak duduk dkt kmpg. Rasakan. Okayyy pediiihhhhh -.- masa mak abah dtg nak amik bawak blik punya lah berkobar kobar nak blik cepat. Tangan pun dah baik sikit masa ni. Kesian aku, mcm org cacat takda tangan sebelah kan. Baru aku rasa mcm mana org takda tngn . parah gila. Nak bukak baju pun terkial kial. Lepas ni mmg sumpah akan aku susun bantal bnyak2 dkt hujung katil. Nak elakkan jatuh buat sekian kali nya. Huuu.

Tu laa cerita dia, korang pernah jd mcm aku jugak ke? Mesti tak kan. Mcm kelakar je kot. Kalau org Tanya kenapa bahu patah????? Errrrr jatuh katil. Teheee :’)

Rabu, 4 April 2012

siapakah aku?

siapa aku?
aku hanyalah makhluk tuhan
makhluk tuhan yang hanya berlandaskan kepada ajaran islam
makhluk tuhan yang berpegang kepada al-Quran & Hadis
makhluk tuhan yang penuh dengan cubaan

siapa aku?
aku hanyalah seorang manusia
manusia biasa seperti kamu
manusia yang banyak melakukan kesalahan
manusia yang sering alpa dengan hal dunia

siapa aku?
aku hanyalah seorang anak
anak yang harus taat kepada ibu bapa
anak yang berusaha untuk berbakti kepada keluarga

siapa aku?
aku hanyalah seorang teman
teman kepada kamu
teman yang tidak mempunyai sahabat
sahabat sehidup semati maksud aku

siapa aku?
aku hanyalah seorang pelajar
pelajar yang belum cukup ilmu di dada
pelajar yamg sedang dalam proses pembelajaran
pelajar yang belajar 24 jam semata-mata ingin mendapatkan keputusan cemerlang
dan akhirnya aku sering melakukan kesalahan

siapa aku?
aku hanyalah aku
aku yang berdiri di atas kaki ku sendiri
aku yang sering melakukan hal sendiri
aku yang tidak suka menjaga tepi kain orang lain
aku yang tidak gemar mengganggu orang lain

jadi!
hormati aku sebagai aku
dan jangan pernah mengganggu aku selagi aku tidak mengganggu kamu

yang benar
iqa malik :P




Sabtu, 11 Februari 2012

Dean's Award


ini cerita khamis lepas.baru nak cerita. suka hati la :P okay mlm khamis lepas fakulti kejuruteraan awam buat anugerah dekan dkt dewan besar uitm penang. ramai jugak laa yg dpt dean list. tahniah tahniah ! ^^ then muka semua muka muka bakal peneraju negara utk masa hadapan. semua muka pandai pandai skema skema. takut lg gerun pulak aku tengok. rasa tercabar pun ada. :3 yelaaa. siapa laah aku kan. ecehhh. *pasrah. huuu. 

muka excited melampau .

ni clasmmate baru saya. kecik kan saya. haha. perasan gila. -..-

then kerusi aku pulak num 76. bapak laa jauh kne campak. kiri kanan lelaki pulak tu. tak kenal -.- mmg tidak melepet laa saya sorg sorg mcm kne cmpak dkt laut. mmbr semua pulak duduk jauh jauh . tapi takpe, saya kan budak independent. walau pun saya sorg sorg saya boleh hidup. *poyo gila. mesti rasa mcm menyampah kan dkt aku kan. hahah. bye. okay memandang kan di tangan ada sebuah camera, kerja seorg budak yg kebohsanan lg kesorangan ni snap snap gmbr jelaaa. 

ni kepala siapa tah depan ni. aku malas nk berdiri. bontot berat. heee

gmbr mengarut apa tah aku amik ni. halmaklumlahh, korg kne paham situasi aku time ni mcm mana. hahahah

pastu pastu kan. majlis bermula pukul 8.30 mcm tu laa. start dgn bacaan doa, then ketua fakulti bg ucapan. aku pun tengah syok syok amik gmbr kan. tetiba zassssss! bnda jatuh dari siling ke atas pentas. kalau korang nk tahu dari pentas ke siling tu anggaran 5 meter kot.lebey kurang 3 4 tingkat. tpi tinggi laaa. nak tahu apa bnda jatuh????? mesti lah nak kan. hmm. dah sedia nk tahu? errr. okay yg jatuh tu student. yaAllah. semua org terkejut. sbb ingt kn speaker yg jatuh. kesian gila kot. student yg jatuh tu pun tak gerak gerak . mayb ada body yg patah. yela. 5 meter weh. bayang kan o.O . aku tak dpt byang kan kalau aku yg jatuh tu kan. aku rasa berkecai tulang piulang aku ni. lama jugak laa student tu kat situ tak gerak gerak sbb tunggu ambulans dtg. ramai yg ckp yg jatuh tu org yg baca doa td. dia naik atas tu mayb nak betul kan wire, then tersalah lngkah terpijak siling. ni first time lah aku tngok kejadian ni betul betul dpan mata. tp sedih jugak laa bnda ni jd. yela kita tak plan kan. tuhan yg tentukan. tp alhamdulillah dia selamat . syukur :)

tu siling yg berlobang tu kat situ lah dia jauth.

dia yg terbaring tu. kesian weh :(

okay majlis di teruskan , tp buat ala kadar je sbb incident yg tak di ingini berlaku. semua dpt anugerah pun kejap je. lepas tu terus pergi mkn. huu. sy mkn dgn classmate last sem. wahhh rindu gila kat diorg ^^ mcm tak jumpa setahun kan -..- huuuu. 

tu laa dia. saya dpt sijil dan plate. hee.. suke ittew :)


aku bersyukur gila dpt dean list last sem. alhamdulillah. aku harap sngt aku dpt dean list setiap tahun. dan berjaya dgn cemerlang dan gemilang lagi terbilang. hee. korang doa kan laa eh. amin :)

otw balik. bye ! :)



Isnin, 23 Januari 2012

1st Edition New Year Giveaway 2012 by Airin Ayda


nmpak tak banner ni? actually iqa join contest ni. saja je nk cuba nasib :) korang support lah sekali eh. kita join ramai2. sbb hari ni last day untuk giveaway ni.
kalau nk tahu lebih lanjut bukak blog kat atas ni k .
 syarat2 nya senang je

ni sign picture yg iqa kne buat utk join giveaway ni :)

korg join lah skali eh. tak susah. kalau menang dpt hadiah.korang taknak hadiah ke? kalau taknak bg iqa. hahah. cepat cepat! today is the last day!

Jumaat, 20 Januari 2012

si tudung merah

ni title tak boleh belah kan. tak tahu nk letak title apa. so hentam kromo jela laa. :)
dah lama  kan saya tidak mengupdate blog. sorry laa. sejak kebelakangan hadapan sikit ni saya sngt sibuk. jadual pack gila then bnyk pulak test test. test geology, calculus, physic, then apa lagi tah. mmg sikit lg aku gila laa hidup mcm ni. bukan sikit. dah mmg gila dah. hee.

then last week aku pergi jj dkt seberang perai, pulau pinang. nk carik brg sbb esok tu nk pergi holiday di langkawi. cehh. holidayy lah sngt. pastu aku nk beli laa brg2 keperluan utk masa hadapan. :D

look into my eyes. cair tak? tak eh? kbye. 

smpai2 je d jj perut dah berbunyik seperti anjing mengejar tapak sulaiman. mmg tanda nya nak di penuh kan laaa kan . apa lagi. terus laa singgah mkn dkt secret recipe. mkn lasagna je. tp sikit nk mati lah lasagna kt secret . tak mcm delifrance smpai nk termuntah muntah mkn lasagna yg penuh bercheese tu. perhh sedap sedap .

ni kakak saya. saya pelik laa. knapa setiap kali saya pkai tudung merah dia mesti pkai tudung kaler kuning. hesh. kebetulan yg tidak di sengajakan. sudah menjaadi habit.

sempat lagi possing sblum mkn. 


then aku pergi lah masuk jj punya tmpat tu, nk carik barang laa kan. nmpak pulak teddy besar gajah ni. then aku pun mcm bajet2 comel kan pegang teddy tu. kbye. tak comel pun -.- hee. actually saya tak suka pun teddy. tak tahu knapa. sbb mmg tak minat laa kan. takda makna nya aku nk kumpul teddy berlonggok longgok susun satu2 atas katil. then peluk 25 jam / 8 hari. sorry laa. i'm not that type :)

lepas tu aku ternampak pulak binatang ni, apa benda binatang yang aku pegang tu? cepat teka! tetttt. anda salah. ripstick nama nya. gua dah lama tak main benda alah ni. zaman kanak2 tadika dulu main laaa. rindu sngt nak main smbil di tiup angin kencang. dlm jj pun jadi laaa. aku duk main bnda tu dlm jj mcm org gila yg batak jumpa ripstick. syhhhhhh. diam2 . takda siapa tahu ni. hahaha. dah puas main mcm org gila aku pun beli laa terus. tp aku beli warna kuning. mcm menyerlah sikit kan? ^^

                                         
ripstick ni lebey kurang mcm skate board. tp ada 2 tayar. nk gerak kan dia kene goyang2 pinggul dan goyang2 kakii. naaa, benda tu automatik akan gerak sendiri. korang paham tak.??? alaa takan tak paham. tengok sendiri laa kat atas ni :) cool kan??

sejak saya main ripstik dkt uitm pp ni. mereka pnggil saya akak pro skate. haha. mmg tak laa.tak da laa pro mana pun. saya pun dah lama tinggal kn bnda ni. so kene blaja blik. lepas tu ramai pulak pengikut2 saya nak beli ripstik jugak. good then. nnti boleh laa kita konvoi satu pulau pinang k. hahha.

okay dah, habis dok beli barang keperluan saya pun mahu blik. :) btw selamat menyambut chinese new year! jgn lupa bg saya ampau tau. nnti kita main tanglung sama2 k. hehe. bye!



Ahad, 1 Januari 2012

Tutorial

Turban style 


ramai yang telah pm saya dan tanya bagaimana saya memakai tudung gaya ini. mereka juga meminta saya untuk membuat tutorial. 
naaa. ni dia. sorry laa lmbat buat sbb busy. huu. senang je nak pkai gaya turban ni . 5 saat je dah siap :) k tipu sangat. 5 saat pkai tudung endon boleh laa kan. apa laa kau ni.

bahan bahan nya adalah 
1. tudung pashmina
2. pin     


nah tengok laa. belajar elok elok. goodluck! selamat mencuba ^^
sorry lah buruk. gambr tak clear. ni pkai webcam je. buat cincai cincai .


dah cuba nnti share share lah gmbr eh, tau tau. nk tengok korang buat jd tak jd :)