iqa malik's stalker

Ahad, 4 Ogos 2013

kaunter pertanyaan

Kaunter pertanyaan? Apakah itu? Kalau anda tidak tahu atau tidak pernah dgr, saya mohon, tolong la panjat bangunan sehingga tingkat 71, lalu terjun dgn suka rela. Hahahah. -.-baiklah. Serius serius. Kaunter pertanyaan itu ialah tempat di  mana kita boleh ajukan persoalan2 yg musykil yg kurang di fahami atau kurang pasti. Contoh nya “ kakak, saya tak faham lah soalan ni 38-65xy=(587-765x)2 cos 2x + cot 56y. boleh tolong selesaikan tak” kalau kaunter tu tolong jawabkan dgn jaya nya saya ucapkan kan tahniah la. Kalau dia balas balik dgn melemparkan tahi hijau jgn Tanya saya kenapa.

Nak di jadikan cerita, sabtu lalu, kemarin la kiranya, saya ingin pulang ke kampong halaman di kolumpor sempena cuti raya aidilfitri dgn menaiki bas ekspress di  terminal bas pineng. Tiket saya pukul 11.30 pagi. tp saya dah terpacak di situ tepat pukul 9.00 pagi. Bapak awal. Ni semua gara2 kawan saya yg tolong hantar kan ke terminal awal2 buta. Heee. Tak reti bersyukur langsung. Nasib ada org hantar kan tau. Okay-okay. terima kasih kawan :’) apa doe nak buat 2 jam setengah kat situ. Agak2 korg apa yg aku buat erk? Yess betul. Selama 2 jam kat situ aku duduk diam di kerusi lalu menutup rapat kedua mata ku dan tidur. Kroh kroh kroh. Hahah. Kisah lak aku. Di mana saja kalau ada peluang utk tidur mmg akan ku manfaatkan sepenuh tenaga. Dgn org ramai kat keliling aku, aku boleh bantai tidur lena kan. Semua pandang pelik je. Apa? Tak pernah tengok org yg sopan santun tidur di khayalak umum ke? :p

sedang saya tidur smbil berdengkur dan air liur meleleh melakar peta tiba-tiba ada seorg makcik tegur saya.

dik, tahu number telefon Kiah tak?

*Dlm hati* “dah kenapa mak cik ni? Si kiah pon aku tak kenal siapa, gentle minta number telefon, dah la tengah mamai ni

ni haa, tahu nombor kiah tak? *hulur telefon 3310*”

Aku dgn pantas dan lantas nya fikir dgn logic. Apa yg mak cik ni nak sebernanya? Lalu ku ambil telefon tu dan bertanya “kiah tu ada telefon mak cik ke?

ada, pukul 11 semalam. Cuba tengok. Ada tak?

Ohhh rupanya mak cik  ni tak tahu nk guna telefon bimbit dia. Aku pon carik laa dkt received call ada number yg tak di kenali mendail mak cik ni lebih kurang pukul 11. Aku syak ni la mak cik kiah yg di warwarkan. Lalu aku dail number tersebut. Rupanya mmg betul la tu makcik kiah. Nasib betul. Lepas makcik tu borak2 dgn  makcik kiah. Dia hulur lagi telifon bimbitnya.

dik salinkan number makcik kiah ni dlm kertas”

Aku pon mcm, err kenapa tak save je kt fon tu kan. Takpe. ku layankan sja laa apa mak cik ni suruh. Kang terkial kial tak dapat call kiah tu. 

Lepas tu mak cik tu pon berlalu. Tingggggg! Tiba2 gua teringat. Apsal aku pernah tengok mak cik ni erk? Familiar gila muka. Yes! Gua dah ingat.  Mak cik ni dulu pon pernah tegur aku jugak dulu. Tp dulu dia  nk call anak dia. Sempoi jeee.  Gentle misteri gila mak cik ni. Dah la rupa seram2 je. Dulu dia Tanya aku pon dkt lokasi yg sama. Di terminal bas pineng. Jengjengjengg…

Dah. Malas nk fikir. Gua nk sambung tidur ku yg terganggu td. Lepas bas smpai je. Saya terus menaiki bas dan terus terlelap. Amboii. Kerja tidur je. Bas pon tak gerak lg. sedar2 dah smpai kl. Hahah. Aku ni tidur mati ke apa? Apa yg terjadi dlm bas tu pon aku tak tahu. Bas tu berheti kat stesen mana2 pon aku tak sedar. Burok betul perangai. Tahu takpe. Hahah.


Sampai la sudah saya di terminal bas puduraya selepas 4 jam perjalanan dari pulau pinang menuju ke kuala lumpur. Syukur Alhamdulillah. Kemudian saya naik LRT dari stesen plaza rakyat  menuju ke ampang. Di stesen tu pula ada seorg makcik cina tegur

ni stesen ke ampang eh?

ye aunty *senyum*”

Aunty tu pon follow aku naik LRT.

*dlm train LRT*

train ni pergi cempaka tak? Maaf la aunty baru first time naik ni”

"ye lalu. tp jauh lagi nak smpai J

nnti dah sampai habaq mai kat aunty k

okay . aunty dari pineng ke?

tak laa. Dari perak

oooooooo” 

baru nk gossip liar dgn anuty ni kan kalau dia dri pineng. tp dri perak pulak. takpe la. tak jadi. hee

stesen seterusnya, cempaka . next stesen, cempaka (laung si pemandu train menggunakan pembesar suara)

aunty dah sampai cempaka ni”

terima kasih na

sama-sama aunty. Jalan elok-elok

Lalu aunty tu pon berlalu pergi jugak. Seriously hari ni aku rasa aku mcm gantung manila kad di leher dgn tulisan tangan di atas kad manila “KAUNTER PERTANYAAN DI SINI” huu. Ke sbb muka aku ni terlampau innocent sampai semua org nk Tanya aku soalan2 yg musykil. Ceyceycey. Tapi takpe. Aku bahagia dapat tolong org yg dlm kesusahan. Rasa mcm tenang hati ni. Dapat juga la pahala pada bulan ramadhan ni kan. :) ayuh, kepada anda di luar sana, jika ada org dalm kesusahan, tolong la selagi terdaya. camonnn. kita kan Malaysiaann 

Jadi kepada anda, jika ada soalan2 yg susah dgn kemusykilan yg melanda, jgn segan utk bertanya kepada saya. InsyaAllah saya akan bantu. Ikhlas. =)
Smpai di sini sajalah coretan saya pada hari ini.

Selamat hari raya aidifitri maaf zahir batin. Nak duit raya! *hulur tangan* :D Jgn lupa kalau nk main mercun tu ajak saya tau.uhuk uhuk. Assalamuaikum

1 ulasan:

  1. salam kenal buat anda, senang sekali membaca tulisan anda walaupun kita berbeda bangsa dan negara... :)

    BalasPadam