saya ada bg tahu kan ttg musibah yg terjadi masa sem 3 dlm entri lepas? ya, bnyak perkara yg terjadi masa sem lepas. dan tarikh ini 18 october 2012. tarikh yang aku takan lupa smpai bila-bila. 18/10/12 ialah sehari sebelum 19/10/12. iaitu sehari sebelum last paper final aku utk sem 3. iaitu paper basic soil mechanic.
4.00 pagi , 18/10/12
aku baru nak masuk tidur selepas mentelaah buku basic soil mechanic 2 out of 5 chapter. "aku nak tidur dulu. nak rehat, lagi 3 chpter tu sambung esok laa. inyaAllah sempat khatam kan semua chapter", bisik hati kecil ku.
4.30 pagi, 18/10/12
kring,kring,kring telefon berbunyi. lihat di skrin telefon. 'ABAH' . abah call pagi-pagi ni kenapa ya. *tekan punat hijau*
"hello,hello" (sunyi) pelik, abah tertekan kot. *tekat punat merah*
kring,kring,kring. abah call lagi. hati aku dah tak sedap dah.
"hello abah, abahhh" (sunyi) still takda org ckp. aduhh kenapa nii. kenapa abah call tak cakap. fon aku rosak ke.
kring,kring,kring. fon berbunyi lagi. tp bukan dri abah. akak aku yg call.
akak : iqa, abah dah call kau ke.
iqa : dah td, abah tak ckp apa-apa pun.
akak : kau tahu tak, atok dah meninggal.
iqa : weh, betul ke? *menangis*
akak : datang bilik aku sekarang!! aku nak balik melaka, jumpa atok.
aku menangis. menangis dan terus menangis. atok dah pergi selama-lama nya di jemput ilahi. yaAllah. terlalu awal kau mengambil atok daripada kami. hanya atok laa satu2 atok yg aku ada kt dunia ni. segala memori aku bersama atok terus dtg menerjah. kali terakhir aku jumpa atok ialah sewaktu hari raya tahun ni. lepas tu tak jumpa dah sbb aku dkt uitm penang. masa raya atok mesti panggil aku "iqa,iqa meh sini tolong urut atok" ahhh.. rindu nak lepak2 urut kaki atok. atok selalu panggil aku utk urut kaki dia :'( aku masih teringat masa nak salam atok kali terakhir masa jumpa atok. aku peluk dan cium atok. atok nangis. mayb atok dah tahu dan dpat rasa yg dia dah nak pergi mengadap ilahi.
6.00 pagi 18/10/12
aku terus menerus menelefon kawan2 aku utk tolong hantar aku ke melaka dari penang. tp semua tak dpt tolong sbb ramai yg ada exam hari ni. arhhhhh. i need to see atok for the last. please some one help me :'(
pukul 6 baru laa ada kawan aku yg boleh tolong hantar kan ke melaka. yaAllah terima kasih.
6.30 pagi 18/10/12
terus shoot pergi melaka dgn harapan dpt jumpa atok. aku nak peluk and cium atok sebelum majlis pengebumian. aku call mak abah supaya melambat-lambat kan majlis pengebumian. diorg kata mayb lepas zohor atok di kebumikan. yaAllah cepat laa smpai melaka. insyaAllah sempat.
12.00 tengahari 18/10/12
alhamdulillah aku dah smpai melaka. tp dgn perasaan yg hampa dan kecewa. aku terkilan sngt sbb tak sempat nak jumpa atok. atok telah di kebumikan pukul 11.30 tengahari. mak abah minta maaf sbb tak boleh nak melambatkan lgi pengebumian. dah ramai yg dtg. tak boleh tunggu. :'( dari pagi aku menangis tak henti2. aku hanya mampu sedekah kan al-fatihah dekat atok. tak da rezeki utk berjumpa atok buat kali terakhir. hmmm. aku pun sudah cukup bertuah dpt melawat pusara atok. ramai lagi cucu2 atok yg lain tak dpt dtg melaka sbb semua study dekat university jauh2.
lepas melawat pusara atok aku terus balik kampung (rumah atok) pergi dapur. nampak kerusi malas atok. aku menangis. menangis sepuas-puas nya sbb dkt kerusi ni laa atok menghabiskan masa nya setiap hari sebelum dan selepas balik dari masjid smbil tengok tv. dkt kerusi malas ni jugak laa aku habis kan waktu dgn atok sambil urut kaki dia. atok, iqa rindu atok :(
5.00 petang 18/10/12
aku, kakak aku dan kawan-kawan aku terpaksa balik semula ke penang kerana esok kami ada paper final yg terakhir sebelum cuti sem bermula.
12.00 malam 19/10/12
aku selamat smpai di uitm penang. terima kasih kepada Nabil, Firdaus dan Ilyas kerana telah membantu menghantar aku dan akak aku pulang ke kampung, Melaka. jauh tu. aku tak tahu mcm mana nak balas jasa baik korg. :')
sampai je dkt bilik aku. aku sempat selak selak buku sejam. then aku tidur. ngntok sngt. tak sempat nak habis study, tak sempat nak habiskan semua chapter.hmmm.
keesokkanya paper final soil mechanic telah bermula. susah gila soalan dia. sumpah tak tipu. dgn aku tak study nya, dgn soalan susahnya. aku hentam je semua. aku tawakal. lantak laa. kalau kena repeat2 laa. tak tahu nak buat apa lgi dah. rindu dkt atok semakin menebal. jawab exam pun terbayang2 wajah atok.
Ya Allah semoga atok di tempat kan dgn org2 yg beriman. aminn
atok telah disahkan meninggal dunia pada pukul 3.00 pagi pada tarikh 18/10/12 . kerana meghidap tekanan rendah. doktor terpaksa memberikan ubat tidur supaya tekanannya boleh stabil. atok tidak sedarkan diri beberapa hari sebelum atok pergi menghadap ilahi.
semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh atok. amin. al-Fatihah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan